PAS Pahang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang
penulis yang menggelarkan dirinya Desmond Yonkor yang dalam statusnya terang-terang
menghina Yang Dipertuan Agong As-Sultan Abdullah Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang baru ditabalkan pada Khamis.
Secara kurang ajar, antara lain perkataan ‘Daulat
Tuanku’ ditukar kepada ‘Dahulat Tuhanku’. Manakala sultan pula ditukarkan
dengan ‘setan’. Gambar yang menyakitkan hati itu tidak tergamak dimuatnaikkan di sini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu dalam
kenyataan medianya mengatakan, penghina di media sosial tersebut mestilah
dicari, ditangkap dan dikenakan tindakan tegas kerana melukakan hati rakyat
negeri ini.
“Kita mengutuk tindakan menghina Yang Dipertuan Agong serta
meminta tindakan tegas perlu diambil segera oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)
“Status (penghinaan) ini menghiris hati dan perasaan
bukan sahaja rakyat negeri Pahang tetapi saya percaya juga rakyat Malaysia yang
beradab keseluruhannya.
“Perbuatan ini jika tidak disekat dan dibendung
sekarang juga bakal mencetuskan persengketaan yang lebih besar,” katanya.
Sejak akhir-akhir ini terutama selepas kemenangan
Pakatan Harapan (PH) terdapat individu (dipercayai bukan Melayu) begitu berani
menghina dan mempersenda raja-raja Melayu dan Islam agama rasmi sendiri di
status media sosial.
Perbuatan yang tidak sihat ini jika tidak dibenteras
secara tuntas dikhuatiri akan terus berleluasa dan menjadi trend sehingga akhirnya
boleh menyebabkan persengketaan kaum dan kepunahan dalam institusi masyarakat.
Ada yang berpendapat, penulis-penulis di media sosial
begitu berani berlaku kurang ajar pada masa ini adalah disebabkan sikap pihak
kerajaan sendiri yang dilihat gagal atau lambat dalam membendungnya dan menjadi
pemaaf.
Ini berbeza jika terdapat status yang seolah-olah
mempertahankan Islam, Melayu dan raja-raja melalui sentuhan tertentu, para
menteri akan segera bangun bertindak.
Sementara itu gabungan NGO Islam Negeri Pahang turut membuat
satu laporan polis di IPD Kuantan terhadap satu akaun Facebook yang bernama
Desmond Yongkor yang telah menulis kata-kata yang menghina KDYMM SPBYPA sempena
perlantikan dan pertabalan KDYMM SPBYDPA
ke XVI.
Perkataan sebegini tidak sepatutnya dikeluarkan kepada
pembesar-pembesar dan pemimpin negara terutama Ketua Negara Raja Berpelembagaan
yang semestinya dihormati oleh seluruh
rakyat jelata. Sehubungan dengan itu kami menuntut pihak berkuasa
menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun dan
sesiapa sahaja yang membuat penghinaan kepada KDYMM SBYDPA selaku Ketua Agama
Islam Negeri Pahang dan Malaysia umumnya.
Sekian laporan
Gabungan NGO Islam
1. PERKIM Pahang
2. ABIM Pahang
3. WADAH Pahang
4. Malaysia Relief Agency Negeri Pahang
5. Pertubuhan Ikatan Amal Islami Negeri Pahang
6. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Negeri
Pahang
7. HALUAN Pahang
8. ISMA Pahang
9. Rumah perkampungan Ibadah Warga Emas Islam raub
10. Ikatan Pelajar Islam Pahang
11. Pertubuhan Akademi Pendidikan Indera Mahkota
12. Usahanita Pahang
13. Pertubuhan Kuantan Prihatin Negeri Pahang
14. PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang
15.CDH Chenor Pahang
No comments:
Post a Comment