Tuesday, February 26, 2019

Gelombang panas: Ini nasihat Ustaz Mujib


Jabatan Meteologi Malaysia mengisytiharkan daerah Maran di negeri ini antara 10 kawasan paling panas dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius.

Fenomena kering tanpa hujan ini dikatakan biasa menjelang penghujung musim monsun Timur Laut ini namun boleh menyebabkan berlaku gelombang haba panas yang boleh membawa mudarat jika tidak berjaga-jaga.

Sehubungan dengan itu, Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak dalam kenyataannya menasihatkan agar golongan pelajar menghadkan aktiviti-aktiviti di luar berikutan cuaca panas ini bagi mencegah segala kemungkinan.


“Saya juga menasihati rakyat Dun Chenor supaya banyakkan meminum air masak dan mengelakkan aktiviti-aktivi yang lama di luar rumah dan sekolah disamping membawa bekalan air minuman.

“Dari segi rohani pula, ikutilah panduan daripada Rasulullah yang menganjurkan banyakkan bersedekah kerana sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah SWT, juga melazimi solat-solat sunat dan banyakkan beristighfar.

“Saya juga mengharapkan doa daripada penduduk semoga Allah menurunkan hujan untuk menyejukkan kembali bumi Chenor khasnya dan Maran am nya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment