Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak dilakukan siasatan
berkaitan DAP yang didakwa menerima dana asing khusus bagi menghadapi pilihan
raya di negara ini.
Ketua Pemudanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, dalam
kenyataan medianya, memetik beberapa sumber bagi membuktikan terdapat dakwaan
mengenai penerimaaan tersebut.
Justeru fenomena ini menimbulkan kekhuatiran di mana perbuatan
khianat itu umpama ‘menjual’ negara ini sekiranya tidak dikekang dan ditangani
segera.
Berikut disiarkan kenyataan penuh.
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
*12 Februari 2019 | 7 Jamadilakhir 1440*
2. Antara
mereka adalah bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad
Razali Abdul Rahman yang pernah menyatakan bahawa DAP menerima wang rasuah
sebanyak RM300 juta daripada pihak Israel. Begitu juga laporan polis oleh bekas
Pegawai TUDM, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang mendakwa Red Bean
Army DAP menerima dana disalurkan oleh Open Society Foundations (OSF) milik
George Soros.
5. Kami
khuatir, perbuatan khianat dan umpama ‘menjual’ negara ini sekiranya tidak
dikekang dan ditangani segera boleh mengundang pelbagai ancaman merbahaya
terhadap rakyat dan institusi penting negara ini. Kerana bibit-bibit berkaitan
telahpun ternyata dapat dilihat dilakukan oleh ahli-ahli politik daripada DAP
yang mutakhir ini ghairah mengusik perkara berkaitan Islam, Melayu dan
Bumiputera serta institusi berkaitannya.
_“Terus Mara”_
YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment