Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Dakwah adalah mengajak, memujuk dan memberi petunjuk
sehingga berlakunya perubahan mad'u menjadi hamba Allah yang taat. Usaha ini
bukanlah sesuatu yang mudah.
Kekuatan dan kejayaan dakwah banyak terpikul di atas
bahu da'e. Ia memerlukan kekuatan jiwa yang ikhlas, berlemah lembut dan
sentiasa bersikap pemaaf. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya.
فَبِمَا رَحۡمَةٖ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ
ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَۖ فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ
فِي ٱلۡأَمۡرِۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ
ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari
Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah
mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 159.
Ayat di atas menggariskan aspek utama yang perlu ada
pada diri daie.
1. Rahmat Allahlah menjadikan sesaorang itu bersikap
lemah lembut. Yakni ia berlu jaga hubungannya
dengan Allah dalam ibadah fardiyyah, amalan seharian termasuk menjaga
pacaindera agar tidak melakukan maksiat yang menyebabkan keras hatinya dan
kasar perlakuannya.
2. Sikap pemaaf adalah ciri utama seorang daie. memaaf
itu lebih utama dari dakwah yang disampaikan
maafkan dahulu kesilapan mad'u barulah bimbing mereka kepada jalan
Allah. Ia ibarat tutup botol yang tidak
akan dapat dimasukkan air ke dalamnya seandai tidak dibuka penutupnya. maafkan
mereka makna buka dahulu hati mereka sebelum mengajak dan membimbing mereka.
3. Pohonkanlah
ampun bagi mereka.
Manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan.
dosa menyebabkan sukarnya menerima kebaikan. maka daie perlu memohon keampunan
Allah terhadap dosa mad'unya. terkadang sukarnya menerima kebaikan kerana
kerasnya hati disebabkan dosa mereka.
Allah menyuruh Rasulullah agar memohon keampunan kepada
para sahabatnya. dan kita perlu sentiasa memohon keampunan terhadap kesalahan
diri kita dan sahabat kita. inilah asas bagi menjayakan usaha dakwah.
4 Libatkan
mereka dengan mengadakan mesyuarat bersama. Ini adalah suatu penghargaan kepada
mereka. betapa rasa bangga bila mereka dapat bermesyuarat bersama Rasulullah
SAW. Mereka akan rasa dihargai, disengar pandangan dan dapat duduk bersama Rasulullah adalah satu kebanggaan. Adapun
keputusan mesyuarat terletak di atas diri Rasulullah. Demikian kita perlu
dengar pandangan. manakala keputusan adalah hak bagi sesaorang pengerusi.
5. Bertawakkal kepada Allah.
Ciri ini adalah asas dalam sebarang gerakerja yang kita
lakukan. manusia hanya mampu berusaha, ikhtiar, doa manakala ketentuan adalah
urusan Allah. kita dibalas di atas usaha yang kita lakukan. bukan hasil yang
kita perolehi.
Maka inilah jalan yang ditunjukkan oleh Allah agar kita
mengikutinya.
Semoga dipermudahkan Allah urusan dakwah ini.
Masjid Lama, Bandar Jengka.
21hb Feb 2019.
No comments:
Post a Comment