Selama ini ramai yang meramalkan tsunami politik Malaysia akan bermula di pusat selatan tanah air iaitu sama ada di Johor atau Negeri Sembilan.
Namun itulah kuasa Allah, tsunami berlaku di luar kemampuan otak manusia berfikir, iaitu dari pusat ‘simpanan tetap’ Umno sendiri iaitu Sabah.
Sebelum ini pakar peramal politik, Tun Daim Zainuddin sendiri tidak menjangkakan perubahan pasca PRU 13 bermula dari Sabah kerana BN di sana dilihat sangat kental, walaupun pernah bertukar kepimpinan kerajaan negeri pada satu ketika dulu.
Semalam, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.
Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.
Pada pilihan raya negereri Sarawak yang lalu, BN menghadapi kemerosotan besar.
Sekarang pimpinan Umno boleh mencongak, jika Kadazan dan dayak serta orang asli pun mahukan perubahan apakah tidak mustahil BN jatuh?
Pada masa ini Umno bersilat untuk mempertahankan kuasa dengan mempertaruhkan undi Melayu, berdasarkan keputusan PRU 12. Isu-isu perkauman dan dimain dna dieksploitasi semahu mungkin.
Namun pada hakikatnya lebih 60% orang Melayu juga pernah menolak Umno pada PRU ke 10, yang mana kuasa mereka hanya dipertahankan melalui undi bukan Melayu ketika itu.
Undi Melayu berbalik kepada Umno dan BN pada era Pak Lah.
Kini orang Cina tak berpaling ke belakang lagi untuk membuat perubahan (sejak 2oo8). Orang India nampaknya ada yang patah balik kepada BN selepas memberi kemenangan kepada Pakatan dengan sokongan 80% PRU lalu.
Orang Melayu yang berpelajaran dan bermaklumat nampaknya tidak cenderung kepada Umno yang sudah barah dengan rasuah, penyelewengan dan pengkhianatan. Sistem negara jadi rosak. Bayangkan, negeri yang menang melalui demokrasi seperti Selangor dan Pulau Pinang, digugat dan digigit setiap hari supaya dilihat huru-hara!
Kini perkembangan semasa memperlihatkan tidak ada lagi yang berani mengatakan: “Kalau letak beruk pun bertanding calon Umno, dia akan menang”.
Nampaknya perubahan memang benar-benar akan berlaku dalam PRU ini walau dijaja sebagai pemimpin paling popular, propaganda kerajaan capai KPI NKRA dan lain-lain sekali pun.
Kita kira, sudah ada yang menghitung hari-hari terakhir sebelum tewas dalam pertempuran politik kali ini!
No comments:
Post a Comment