Thursday, July 19, 2012

220 warga Kerdau terima sumbangan Ramadhan

Bulan Ramadhan tahun lalu, pengedar akhbar Harakah Zulhazmi Nuwawi, 45, meninggal dunia serta merta setelah menjadi korban kemalangan ngeri di Lebuh Raya dekat Bentong ketika dalam perjalanan pulang mengambil akhbar berkenaan dari Kuala Lumpur.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu Zul Muhammad Shakir 12, Zul Muhaimin Syauqi, 11 dan Zul Muzakkir Fahmin, 9.

Semalam Dun dalam Parlimen Kuala Krau itu, Dun pertama di negeri ini menyalurkan sumbangan Ramadhan melalui Majlis Sumbangan Kepada Warga Miskin, OKU dan Anak Yatim Dalam Dun berkenaan.

Seramai 220 orang miskin, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) dari 22 kampung dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Anak-anak arwah Zuhazmi adalah antara penerima.

“Dengan sumbangan ini dapatlah kami tiga beradik tersenyum setelah kehilangan ayah tercinta,” kata Zul Muhammad Shakir,12.

Dalam majlis berkenaan sebanyak RM15,000 sumbangan dalam bentuk barangan dan wang tunai disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Kamal Ashaari ialah Penyelaras Dun Kerdau sementara Shahril Azman merupakan Ketua Pemuda PAS Kuala Krau.

Sementara itu, Pengarah Dun Kerdau Ahmad Mat Yaman berkata majlis seumpama itu sudah menjadi acara tahunan dan menjelang hari raya serta selepas raya tahun ini akan diadakan lagi majlis sumbangan bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

“Yang menariknya, daripada 61 keluarga yang menerima bantuan hari ini hanya empat sahaja merupakan ahli PAS sementara yang lain bukan. Ini bermakna, orang PAS sudah tidak ramai lagi yang memerlukan bantuan,” ujarnya.


GAMBAR
Zul Muhammad Shakir 12, Zul Muhaimin Syauqi, 11 dan Zul Muzakkir Fahmin, 9, tersenyum selepas menerima sumbangan sempena Ramadhan oleh PAS Kerdau.


No comments:

Post a Comment