Friday, July 6, 2012

Kenyataan media SAMM isu Uncle Seekers


Jika Uncle Seekers salah dakwa terus dia di mahkamah, harap polis boleh bertindak pantas seperti ini juga dalam kes laporan rasuah
Kenyataan ini dikeluarkan bersifat pandangan peribadi. Setelah mendapat berita mengenai penangkapan seorang blogger Syed Abdullah Syed Husein yang juga dikenali sebagai Uncle Seekers, saya terpanggil meneliti blog beliau yang dikatakan kontraversi tersebut.

Jujurnya penulisan beliau sememangnya bersifat 'menyinggung' tetapi tidak boleh rasanya untuk membuang terus semua fakta yang dimunculkan. Walau apapun agak pelik juga hanya dengan tulisan berbentuk gossip itu PDRM bersungguh - sungguh melakukan operasi sehingga menahan beliau dan teman wanitanya berhampiran Tol Senawang pada waktu malam. Kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerahkan diri di Balai Polis ?

Membaca berita selepas itu pula menyatakan yang beliau dan teman wanitanya telah ditahan reman selama 10 hari, mungkin perintah tahanan reman 117 Kanun Acara Jenayah ada alasan digunakan ke atas beliau yang merupakan pemilik blog tersebut, tetapi apa kena mengena teman wanitanya turut ditahan reman sehingga 10 hari juga. Ini menimbulkan persoalan.

Kenyataan polis yang menyatakan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 juga mengundang persoalan. Apa rahsia rasmi yang didedah sehingga serius sangat ? Adakah jumlah kenderaan individu tertentu atau gambar kereta atau gambar individu tertentu dengan kekasihnya tertakluk dalam rahsia rasmi kerajaan ? Atau tuduhan beliau mengenai beberapa pegawai tinggi polis terlibat salah laku atau kesalahan beliau mengingatkan mengenai kes kerabat Johor menyerang kerabat NS sehingga melibatkan kes culik, mencederakan dan gaduh gempar tempat awam telah terkandung dalam akta rahsia negara ?

Jika beliau menghina raja dan terkandung dalam undang - undang ia merupakan kesalahan maka beliau wajar dihadapkan ke mahkamah dan mendapat perbicaraan sewajarnya.

Diharapkan pasukan polis dan peguam negara boleh juga bertindak sebegini serius khususnya dalam menangani laporan - laporan yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak seperti rasuah dan kehilangan wang negara.

Sekian.

che'GuBard


No comments:

Post a Comment