Friday, July 13, 2012

Sukma: Bloger Umno turut raih rezeki

KUANTAN: Bloger Umno Papa Gomo, turut mendapat “rezeki” dengan berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) ke 15 di negeri Pahang apabila diberi peluang membuat liputan media di sepanjang kejohanan tersebut.

Menurut seorang lagi bloger, Cucu Mat Kilau dari blog Pahangdaily, Papa Gomo memberitahu beliau memenangi tender liputan Sukma media baru untuk blog Pahangku iaitu blog rasmi Umno Pahang.

“Saya terserempak dengan bloger Papa Gomo dalam satu acara di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 semalam. Walau pun berlainan wadah, sebagai sesama bloger kami sempat bersama dan bersembang di tepi padang itu.

“Saya tanya dia datang Kuantan buat apa, dia beritahu dapat tender liputan Sukma media baru blog Pahangku. Katanya ada tiga syarikat masuk dan dia yang dapat. Saya percaya tender itu dikeluarkan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Bloger Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Shukri, menjelaskan Papa Gomo tidak memberitahu jumlah wang yang diperolehinya tetapi percaya dapat banyak berdasarkan beliau boleh menginap di sebuah hotel mewah di sini.

Papa Gomo merupakan antara bloger upahan Umno (cyber trooper) yang terkenal selama ini menyerang pemimpin Pakatan Rakyat melalui bloh beliau Papagomo.com.

Pahang menjadi tuan rumah temasya Sukma 2012 yang sedang berlangsung sekarang. Sebanyak 24 acara sukan dipertandingkan di daerah-daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh bermula 6 hingga 16 Julai melibatkan kos lebih RM300 juta.

Bloger Cucu Mat Kilau (kiri) bersama Papa Gomo




No comments:

Post a Comment