Kerajaan bagaikan tidak pernah serik, apabila saban tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan negara semakin kurang mendapat sambutan, terutama daripada generasi muda.
Ini tidak lain disebabkan kerajaan yang ditulangbelakangkan oleh Umno begitu ghairah mempergunakan tarikh dan acara tersebut untuk kepentingan politik mereka, bukan perjuangan rakyat.
Tahun ini ambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah menggunakan slogan 'Janji Ditepati', iaitu slogan yang digunakan pemimpin nombor satu Umno untuk turun berkempen menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.
Apakah slogan pilihan Umno itu menggambarkan jerit perih rakyat dahulu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah? Apakah wujud roh perjuangan kemerdekaan dalam tema tersebut?
Tidakkah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sedar bahawa ‘Janji Ditepati’ sama saja dengan slogan “Rakyat Didahulukan...”, BR1M, transformasi dan sebagainya ciptaan Najib?
Tidakkah menyambut kemerdekaan ertinya mengenang semula sejarah perjuangan bangsa terdahulu yang menggalang-gantikannya dengan nyawa dan darah? Tidakkah hari kemerdekaan bermakna kita meraikan bangsa bermaruah kerana mempunyai pahlawan menuntut kemerdekaan daripada penjajah?
Kenapa tidak mahu mengenepikan kepentingan politik sebentar kerana kemerdekaan adalah milik rakyat bukannya Umno saja?
Rasanya belaum ada Perdana Menteri selain daripada Najib yang tergamak menukarkan kehebatan hari kemerdekaan negara dengan kempen Umno.
Rais berhujah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Beliau berkata Najib telah melunaskan konsep 1Malaysia itu dengan menterjemahkannya antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang.
Tidak cukupkah Umno sudah memproklamirkan perkara-perkara di atas 24 jam sehari di media-media massa dan elektronik? Tidak cukupkah lagi pentas-pentas rasmi dipergunakan untuk melalakkan hal-hal tadi sehingga terpaksa meletakkannya pada hari kemerdekaan negara?
Kalau begitu ini bukan sambutan hari kemerdekaan tetapi festival Umno yang menggunakan acara negara untuk berkempen PRU.
Saya fikir kepimpinan Umno dalam keadaan amat terdesak kini menjelang PRU kerana dihantui perasaan takut kalah, sehingga dengan muka tidak malu tergamak menggunakan slot hari kemerdekaan negara untuk berkempen.
Jangan hairan selepas ini jika sambutan kemerdekaan tidak akan menjadi kebanggaan generasi muda lagi kerana mereka jelak dan jengkel dengan perangai pemimpin atasan!
Apa yang kita khuatirkan ialah rakyat jelata akhirnya akan menganggap sejarah kemerdekaan satu pembohongan.
ReplyDeleteKenapa?
Sebab banyak janji yang dibuat Umno-BN tidak ditepati.
Sebab itulah amat tidak wajar sama sekali diberi tumpang kempen politik Umno atau disamatarafkan dengan hari kemerdekaan yang sepatutnya menjadi pendorong semangat kepada generasi muda.
Akhirnya generasi akan datang akan menganggap kemerdekaan negara sama taraf dengan Umno yang sudah bobrok! Hanyut Umno, habislah kemerdekaan negara?