Saturday, July 7, 2012

Syed Anis dilarang berforum akibat desakan politik

Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri, seorang pendakwah Syed Anis Syed Husin terpaksa menjadi mangsa politik Exco Kerajaan Negeri Pahang Dato' Shafiq Fauzan Mohd Sharif.

Menurut sumber diperolehi, Syed Anis sepatutnya menjadi panel bersama-sama KPP Penyelidikan Ustaz Hamdan Yusi Yusof dan Asmawi Abu Bakar dalam Forum Al-Muqarrobin anjuran An-Nadwah di Masjid Charok Paloh, dalam Dun Inderapura (Kuantan)malam esok.

Sumber tersebut mendakwa, akibat tekanan daripada Shafiq, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah mengarahkan Timbalannya Dato' Ghazali menggantikan Syed Anis.

Sebelum itu pertubuhan dakwah An-Nadwah telah menaja program forum bertajuk: 'Ramadhan: Benarkah aku kasih kepadamu' dengan memberi wang tunai RM500, seekor lembu dan sumbangan kepada 40 orang fakir miskin.

Dakwa sumber berkenaan, oleh kerana Syed Anis dibayangkan antara calon yang akan diketengahkan oleh PAS Kuantan di Dun berkenaan, membuatkan Shafiq yang juga Adun Inderapura dikatakan khuatir pengundi-pengundi terpengaruh dengannya.

Difahamkan, Charok Paloh merupakan antara kubu kuat Umno-BN yng masih ada di Kuantan.

Pada PRU yang lepas, Shafiq hanya menang kurang daripada 500 undi ke atas calon PAS, Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Syed Anis.

Menurut sumber itu lagi, Syed Anis sudah beberapa kali diblok daripada mengajar termasuk di sebuah masjid dalam Dun berkenaan.


No comments:

Post a Comment