Tuesday, July 17, 2012

Cikgu Li Used Car meninggal dunia

Jarang sekali sesiapa yang menetap di bandar Temerloh, tidak kenal Cikgu Ramli yang menjual kereta terpakai. Nama sebenarnya ialah Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh.

Cikgu Li pada asalnya ialah seorang guru sekolah, kemudian berhenti dan mengusahakan perniagaan kereta terpakai. Seingat penulis, pada masa itu beliau berkongsi berniaga dengan Dr Shukri (Adun Pulau Tawar) di tengah bandar Temerloh.

Akhirnya beliau membuka perniagaan sendiri di Jeram dan batu 3, dan dikatakan agak mewah kerana mendapat permit menjual kereta-kereta mewah terpakai dari luar negara seperti Mercedes Benz.

Saya amat mengenalinya dan begitu juga beliau, iaitu seorang penyokong PAS. Sebenarnya, saya juga ada mempunyai kaitan persaudaraan dengannya iaitu sebelah arwah abah.

Pada petang Ahad lalu, beliau kembali ke rahmatullah dalam keadaan mengejutkan kenalannya akibat dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang sedang berlumba di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong.

Seingat saya, beliau seorang yang baik, peramah dan cepat mesra.

Menurut sahabat yang memandu keretanya, arwah meminta beliau memberhentikan kereta (dalam perjalanan ke Kuala Lumpur) kerana katanya mahu melihat satu kemalangan yang disangkanya membabitkan anak lelakinya.

Katanya, arwah turun dari kereta berjalan kaki kira-kira 50 meter ke belakang di lorong kecemasan dan berpatah balik ke kereta beberapa minit selepas itu.

Masa arwah patah balik saya lihat dia dari cermin sisi dan pada masa itulah tiba-tiba sebuah kereta mewah yang dipandu laju terbabas di lorong kecemasan lalu merempuh arwah dari belakang.

Ketika beliau keluar dari kenderaan dan lihat arwah sudah tidak bernyawa, yang menjadikan dirinya semakin marah apabila mendapat tahu kenderaan yang merempuh arwah dipandu laju kerana berlumba.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ubudiah Batu Satu oleh para kenalannya. Jenazah kemudiannya selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Chengal selepas Zohor semalam.

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Cerita lanjut mengenai Allahyarham boleh dibaca di sini:

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-lihat-kemalangan-1.67569





3 comments:

  1. Alfatihah,
    WZWH kenal Arwah sejak tahun 90an. Bapa Mertua WZWH sangat rapat dengan Arwah. Moga Allah merahmati Arwah.

    ReplyDelete
  2. Turut mendoakan agar rahmat Allah bersama beliau
    Amin...

    ReplyDelete
  3. baguslah dia ni mampus. dialah peruntuh rumah tangga aku. penipu, kaki betina....aku tak akan maafkan dia selamanya.....minta maaf kepada keluarga dia, mungkin diaorang tahu atau tak tahu cerita aku...sepatutnya aku sedekah fatihah, tapi dia tak layak untuk itu....

    ReplyDelete