Wednesday, November 30, 2011

Anak bongsu Timbalan Ketua Ulamak Pahang meninggal dunia

TEMERLOH, 30 November: Anak bongsu Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Nafiri Mohd Toazi, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Allahyarhamah Yukrimal Jannati, 15, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lahir, dimasukkan ke situ semalam akibat sesak nafas.

Jenazahnya selamat dikebumikan pukul 4 petang di Kampung Baru Purun, dekat sini petang ini.

Selamatkan Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Nafiri dan mengharapkan beliau bersabar.

Husna merupakan insan istimewa di sisi Allah. Allah lebih menyayanginya. Sesungguhnya dari Allah kita datang kepadaNYA jualah kita kembali. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin. Amin.

Al-Fatihah.

Tuesday, November 29, 2011

Shahrizat tak kenal tauke NFC, "itu anak siapa bikin?"


Akhbar-akhbar utama hari ini menyiarkan kenyataan Shahrizat bahawa dia tiada kena mengena dengan NFC, syarikat lembu - kondo bernilai RM250 juta yang kontroversi pada masa ini.

Beliau berkata demikian supaya perkara tersebut tidak diulang-ulang lagi oleh perwakilan Umno yang akan menghadiri perhinpunan agung parti itu mulai hari ini.

Untuk mudah tutup cerita, beliau namakan saja itu agenda pembnagkang.

Cara beliau menafikannya itu, seolah-olah beliau tak kenal siapa itu tauke NFC, walhal itu suaminya. Syarikat NFC itu milik keluarga Shahrizat, yang diPengerusi Eksekutifkan oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, suaminya.

Tiada kena mengena?

Ada kawan-kawan Cina mengusik: "Kalau dia tadak kenal, itu anak siapa bikin punya?"

Monday, November 28, 2011

Sepatutnya makcik ni yang jadi Ketua Wanita Umno

Dia tahu bahawa situasi harga barang yang sudah sedia mahal, naik melambung sekarang. Dia faham bahawa yang menjadi mangsa tekanan dan korban kos hidup yang tinggi sekarang ialah penduduk luar bandar. Dia juga sedar bahawa penyokong tegar dan yang memenangkan Umno / BN selama ini ialah penduduk luar bandar.

Namun, adakah suaranya didengari pimpinan yang duduk di barisan depan Perhimpunan Agung Umno dalam Dewan PWTC?

Ketika keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia mendapat projek lembu dan kondo sebanyak RM250 juta, apakah pernah terfikirkan nasib penghuni luar bandar yang berhempas pulas melawan kos kehidupan yang tinggi?

Bagaimana pula dengan kemewahan pemimpin yang lain-lain lagi?

Umno dan BN yang sedang berada di kemuncak kuasa sekarang, sepatutnya berketuakan orang yang sedar nasib rakyat bawahan seperti makcik ini. Bukannya pemimpin yang nampaknya macam cerdik dan pandai bercakap, tetapi lebih banyak wang tabung rakyat mengalir ke poket sendiri.

Sudah lebih setengah abad rakyat Malaysia memberi peluang kepada Umno / BN untuk mengurustadbir negara ini, apakah mereka semakin berubah untuk membela nasib rakyat?

Apakah penghuni luar bandar perlu menunggu setengah abad lagi untuk menukar kepimpinan yang kerjanya hanya untuk mengayakan tengkolok sendiri?

Sunday, November 27, 2011

Lembu, kondo RM250 juta: Shahrizat akan ‘dibantai’ dalam perhimpunan Umno

Ketua Wanita Lembu Datuk Seri Shahrizat Jalil dijangka akan berhadapan dengan asakan-asakan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung parti itu minggu depat berkaitan isu kontroversi RM250 juta lembu NFC milik keluarganya, kondominium mewah dan hantar umrah guna wang lembu peruntukan kerajaan.

Tidak sedikit pula yang meramalkan kerjaya politik Menteri

Pembangunan Wanita, Keluarga dan pembangunan Masyarakat itu bakal menuju ke hujungnya, sebagaimana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Mengikut artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan dalam akhbar The Star, antara perwakilan yang sudah hampir pasti melontarkan isu tersebut ialah Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshi sukar untuk mempertahankan isu ini.

"Orang ramai telah menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai isu ini dan mereka tidak suka. Saya tidak mahu memukul dia, saya seperti beliau sebagai pemimpin, tetapi kami mahu memenangi pilihan raya. Saya harap semua orang memahami bahawa, " kata Syed Ali yang lantang bersuara.

Tambahnya, perhimpunan Umno ini memberi tumpuan kepada pilihan raya umum, sedangkan skandal lembu NFC milik keluarga Shahrizat diyakini telah menyakiti parti dan Barisan Nasional.

Suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail telah sedaya upaya untuk mempertahan projek lembu berjuta-juta ringgit tetapi akikat bahawa projek itu pergi kepada keluarganya menjadikannya sukar bagi ahli-ahli parti untuk mempertahankan, dan membeli orang-orang kondominium kelas hakikatnya Shahrizat yang tidak boleh memisahkan dirinya dari keluarganya di dalam projek ini. Syed Ali

Ada kemungkinan, ada perwakilan yang lebih berani untuk meminta Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno atau daripada jawatan kabinet beliau kerana isu yang melingkari dirinya menyakitkan parti serta boleh membawa bencana kekalahan dalam PRU akan datang.

Shahrizat sendiri kalah di tangan Nurul Izzah di Parlimen Lemba Pantai pada PRU lalu dan dinaikkan menjadi menteri hanyalah berdasarkan kuota senator.

Tulis Jocelyn, ramai yang membandingkan kontroversi AP (Permit Yang Diluluskan) isu yang hampir tergelincir kerjaya Rafidah pada tahun 2005. Pada malam perhimpunan Wanita Umno, Rafidah telah menangis dan mengisytiharkan dia tidak bersalah sebelum Al-Quran.

Pada keesokan harinya, wanita menunjukkan kesetiaan mereka kepada beliau dan tidak ada menyebut satu isu AP semasa perbahasan.

Tetapi pada hari terakhir perhimpunan agung, Rafidah berdiri di atas pentas untuk mempertahankan dirinya berseorangan tanpa bantuan orang-orang kuatnya lagi apabila diserang segenap penjuru.

Isu lembu bernilai RM250 juta dan kondo ini nampaknya akan menguji Shahrizat.