Monday, January 3, 2011

Mari sokong Mazlan di mahkamah Temerloh esok!

Jom beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Temerloh esok (Selasa) 4 Januari jam 8.30 pagi bagi sebutan kes Mazlan Aliman saman Pengurus Felda Lembah Klau dan polis (yang menangkap beliau) sebanyak RM20 juta pada di. Semua dijemput datang untuk memberi sokongan.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) itu 16 Ogos tahun lalu telah memfailkan saman berjumlah RM20 juta di Mahkamah Tinggi melalui peguamnya Wan Rohimi Wan Daud.

Beliau menamakan empat pihak sebagai defendan iaitu Pengurus Felda Lembah Klau Awang Sulong, Felda, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya) dan Kerajaan Malaysia.

Menurut fakta kes, pada 9 Mac tahun lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika sedang berdialog di sebuah rumah peneroka Lembah Klau, Raub Hamidun Yeop Isa, beliau telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda. Rentetan daripada itu telah membawa beliau merengkok dalam lokap di IPD Raub selama dua malam.

Menurut Mazlan, saman tersebut merupakan saman malu bagi menebus kejahatan pihak yang mengaibkan beliau sehingga menggambarkan beliau sebagai seorang penjenayah, penceroboh, tidak menghormati undang-undang dan seorang yang tidak bermaruah.




2 comments:

  1. Total abuse of power!!!

    ReplyDelete
  2. Sapa nak peduli jika ini satu power abuse. Kita harap mahkamah putuskan seadil-adilnya kerana menjadi indikator antara had bidang kuasa Felda dan hak keadilan bagi peneroka yg telah mendapat geran hak milik!

    ReplyDelete