Mungkin ada menyangka Pahang yang ditubuhkan kurang 150
tahun dahulu adalah sebuah kerajaan baharu. Penilaian ini boleh berlaku jika
sekadar melandaskan perisytiharan pada 11 Januari lalu bahawa Sultan Abdullah Al-Mustafa
billah Shah, dipilih sebagai Sultan Pahang Keenam. Dari sudut sejarah, Pahang
sebenarnya antara kerajaan awal di Tanah Melayu.