Saturday, February 19, 2011

PRK serentak, petugas digesa siap sedia

Ekoran pilihan raya kecil (PRK) serentak bagi Dun Kerdau dan Dun Merlimau yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua petugas digesa bersedia dan melipatkangandakan usaha.

PRK di kedua Dun berkenaan diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari ini.

Serentak dengan itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Dun Kerdau Ahmad Mat Yaman mahu jentera pilihan raya yang bertugas bersiapsiaga bagi merampas kerusi berkenaan daripada BN yang diwakili Umno.

Menurut buku daftar pengundi terbaru SPR, Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082 orang. Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09%), Cina 466 orang (5.13%), India 166 (1.82%) dan Orang Asli 268 (2.95%).

Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.

Berdasarkan komposisi pengundi, di atas kertas Umno yang mewakili BN yakin boleh menang pada PRK kali ini. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin Salim yang memperoleh 2,520 undi.

Bagaimanapun PAS berjaya merendahkan undi diperolehi BN sebanyak 950 undi kerana majoriti BN menewaskan PAS pada PRU 2004 ialah 2,565 undi. Jika ‘trend’ peningkatan undi ini berterusan, ini bermakna PAS juga berpeluang membuat kejutan.


2 comments:

  1. HOSTEL 20 orang PRK Merlimau, 2 bthroom, aircond di hall, tv, kettle, iron,Tempat yg strategik, berdktn dgn BandarJasin, Bilik Gerakan, Peti Undi, Masjid dan Pusat Mengundi. RM 5000, . berminat hubungi 012-3736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Amboi... boleh bisnes lagi ekkk. Tapi ok lah, bak kata Tuan Ibrahim, PRK ni ialah 'pelancongan politik'. Dgn adanya PRK inilah baru org tempatan masyuk sikit.

    Seeloknya, sepanjang 5 tahun penggal pilihan raya, mahu ada 30 PRK, barulah rakyat setempat merasa duit pemimpin BN turun!

    ReplyDelete