Monday, February 21, 2011

Syed Ibrahim dah berkempen?

TEMERLOH: Calon fovourite BN PRK Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dilaporkan semalam (Ahad) sudah mula berkempen iaitu dalam majlis anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Pahang.

Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang itu mewakili Datuk Seri Adnan Yaakob berucap dan menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil cawangan-cawangan PBTM.

Program bermula 8.30 pagi hingga petang itu diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh dan dirasmikan oleh Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Syed Ibrahim yang berucap mewakili Adnan itu dikatakan sempat ‘berkempen’ secara isyarat kepada bekas-bekas tentera itu. Sementara Adnan pula dikatakan berkempen ke Kampung Orang Asli Paya Sendayan, (dalam Dun Kerdau) pada masa yang sama.

Seorang peserta yang ditemui berkata, ini isyarat jelas bahawa Syed Ibrahim akan menjadi calon BN PRK Kerdau.

Sementara itu, Syed Ibrahim sendiri yakin beliau akan dipilih sebagai calon dan telah membuka blog mengenai beliau di laman: http://prkkerdau.blogspot.com/2011/02/siapakah-tuan-syed-ibrahim-bin-syed.html

Dalam pada itu, Syed Ibrahim ketika di Mesir dikatakan pernah mengikuti usrah PMRAM (pertubuhan pro-PAS) tetapi ketika balik ke sini terpaksa bekerja tidak seperti lulusan lain kerana, kata satu sumber Bahasa Malaysia SPMnya tidak kredit. Akhirnya diambil oleh Adnan bekerja.



2 comments:

  1. Saya fikir calon yg paling sesuai utk lawan Syed Ibrahim ialah Dato' Tuan Ibrahim sendiri. Biarlah apa org kata, tapi penampilan Dato' Tuan akan membawa 'persembahan dan persaingan' yg amat hebat.

    Bayangkan, rakan2nya, anak murid, pencinta Islam dari segenap pelusuk akn pasti tampil membantu, tenaga, pemikiran & wang ringgit. Tahu tak? jika Dato' Tuan yg bertanding nescaya semangat jentera PAS akan meningkat tiga kali ganda dan mereka yg dtg dari seluruh negara ini akan rela bersengkang mata dan berkorban apa saja!

    Kenapa?
    Semuanya kerana aura Dato' Tuan sendiri!
    Percayalah, Umno amat takut jika Naib Presiden itu yg bertanding. Dan pada ketika itulah akan dicurahkan segalanya dan byklah pemimpin mereka yg akan melatah, terutama Adnan Yaakob!
    Persetankan org berkata bahawa mempertaruhkan Datuk Tuan hanya akan 'menyembelih' tokoh itu sendiri.

    Mmg, banyaklah andaian orang, kita dah tahu bertarung di padang yg langsung tidak sama rata ini, yg paling dekat dgn pembangkang ialah 'kekalahan'.

    Tetapi itu semua tidak mengapa. Sebab, Tan Sri Khalid Ibrahim juga kalah dalam PRK Ijok, tapi akhirnya menang bergaya dlm PRU 12. Maknanya, kekalahan yg membuka kemenangan yg lebih besar!

    Akhirnya, saya tetap mengatakan calon paling sesuai (tanpa menafikan kewibawaan calon lain) ialah Dato' Tuan.

    Hujah saya, jika beliau bertanding, moral jentera PAS samalah dgn jentera PKR semasa Anwar bertanding di PRK Permatang Pauh dulu!

    InsyaAllah, jika Dato' Tuan bertanding... byklah yg akan terlondeh, huru hara, kelam kabut dan penderitaan yg tidak sedikit akan ditanggung Umno. Dato' Tuanlah 'peluru hidup' utk Umno!

    Kerana apa?
    Semuanya kerana aura Dato' Tuan!

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Tersentak, tergamam... lalu termanggu dan terharu benar saya membaca komen saudara ‘Bukan Syed Tekal’. Betapa tajam pemikiran saudara menerjah persoalan yang sukar dirungkaikan oleh sesiapa sahaja berkaitan calon pilihan raya ini.

    Pemikiran saudara tentang betapa ‘value’ Ustaz Tuan Ibrahim jika dijadikan calon PRK Kerdau, amatlah menyentuh perasaan saya. Ternyata saudara seperti saya, pengkagum Ustaz Tuan Ibrahim!

    Sekali lalu, memang saya sendiri amat bersetuju dengan pendapat saudara kerana ‘seorang panglima tempatnya seharuslah sentiasa di hadapan, bukan di belakang’.

    Cuma, saya masih percaya dengan kaedah syura dan memohon petunjuk daripada Allah. Sebagaimana sabda Nabi, “Tidak rugi orang yang bermesyuarat dan tidak sia-sia orang yang istikharah’.

    Maksudnya, walau bagaimana baikpun pada pemikiran kita sesuatu hujah itu, seharusnya dikembalikanlah kepada jamaah dan pimpinan untuk menentukannya. Kerana, jika kita betul dengan ijtihad itu kita dapat dua pahala. Sebaliknya jika salah kita dapat satu pahala.

    Maka, di atas roh dan semangat ini, marilah kita serahkan urusan ini kepada pimpinan dan Allah SWT. Sambil, kita bekerja seseungguh hati. Dengan lain-lain perkataan dalam konteks ini, berilah ruang dan peluang kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi ‘peluru’ pada kali ini.

    Mungkin di ‘sana’ nanti Allah tidak akan bertanya kita menang atau kalah, sebaliknya Allah akan bertanya kita bekerja dan berusaha sehabis upaya, sepenuh jiwa.

    Kemudian daripada itu, bertawakkal dan berserahlah kepada Allah. Kerana, Allah maha mengetahui akan apa segala urusan hamba-hambanya!

    Wallahua’lam bissawab...

    ReplyDelete