Thursday, February 3, 2011

Mangsa banjir di Temerloh meningkat


TEMERLOH: Mangsa banjir di daerah ini yang berada di pinggir Sungai Semantan terutama di Lanchang dan Mentakab meningkat mendadak semalam.

Di Lanchang yang terlibat ialah daripada 20 keluarga di Kampung Insaf, Kampung Sempadan, Insaf, Bongsu, Sungai Kepong yang diarahkan berpindah ke Dewan Orang Ramai Lanchang.

Selain daripada itu, Kampung Orang Asli Sungai Leleh, Kampung Orang Asli Bukit Ngeri dan Kampung Sementih terputus hubungan apabila air dari anak Sungai Cermang melimpah ke jalan menyebabkan ditutup.

Di Mentakab pula, laporang yang diterima daripada Pemuda PAS Temerloh yang membantu di sana, mangsa banjir Kampung Batu Kapor, Gajah Mati dan Sungai Buluh yang dipindahkan Sekolah Kebangsaan Batu Kapor terus meningkat kepada 360 orang daripada 94 keluarga.

Semalam Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid bersama beberapa orang jawatankuasanya turut hadir melawat lalu menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang sudah tiga hari berada di sekolah berkenaan.

Sementara itu, menurut kenyataan Jawatankuasa Banjir, paras air Sungai Semantan dijangka akan semakin naik apabila kawasan-kawasan di sebelah Bentong dan Raub sudah mulai surut dan air dijangka sampai ke Lanchang dalam masa beberapa jam lagi.


Gambar:
Nizam (kiri) ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor semalam


No comments:

Post a Comment

Post a Comment