Wednesday, May 12, 2010

PAS Kerdau siap sedia...



Mood pilihan raya… PAS Kerdau mengambil inisiatif memasang bendera di hadapan markasnya di Simpang Empat Kerdau, sebagai isyarat bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Ini berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, diberitakan dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin dan dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Beliau menjalani pembedahan akibat penyakit ulser tetapi mengalami komplikasi jantung. Beliau juga penghidap kencing manis.

Sebelum ini, beliau yang merupakan anggota skuad "James Bond Malaysia" berstatus duda, telah menjalani pembedahan tetapi akibat penyakit-penyakit lain yang dihadapinya seperti serangan jantung dan kencing manis, membuatkan keadaannya tambah teruk.

Beliau sebelum ini dikatakan telah banyak kali keluar masuk hospital Keadaan ini menyebabkan beliau tidak banyak dapat menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Pada PRU 12 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).

N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana YDP Kawasannya ialah Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.





1 comment:

  1. kalau ditakdirkan ada prk dun kerdau seronoklah org simpang empat kerdau,org ketam,org peragap,org lipat kajang, org bukit kemuning ,org kelibut org macang manis org purun sebab projek mee segera,duit dan berbagai janji oleh gerombolan akan sampai...

    ReplyDelete