Monday, May 3, 2010

PAS Maran bantu mangsa ribut


MARAN: PAS Kawasan ini melalui Lajnah Kebajikan telah tampil menghulurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa ribut di Kampung Kelit Kg. Jengka Batu 13, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan, Jaafar Mat Tam, kejadian ribut yang berlaku petang Sabtu baru-baru ini telah mengakibatkan lebih enam buah rumah di situ sehingga mengakibatkan rumah-rumah yang terlibat mengalami kerosakan teruk.

Tambah Jaafar, selain daripada itu, ribut luar biasa yang pertama kali melanda kampung tersebut juga telah memusnahkan pokok-pokok dusun seperti durian sehingga banyak yang patah dan tumbang.

”Pimpinan PAS telah hadir melawat mangsa-mangsa dan menghulurkan bantuan awal di rumah mangsa. Bantuan berupa makanan dan lain-lain bagi mengurangkan sedikit kesusahan mangsa”.

“Insyallah, kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu mangsa selepas daripada pihak kerajaan mengumumkan pelan bantuan kepada mangsa hari ini,” ujarnya.

Gambar:
1. Antara rumah penduduk yang rosak
2. YDP PAS Maran Ustaz Ramli (kanan) bersama Haji Mohd Noor

No comments:

Post a Comment