Sunday, May 9, 2010

Adun Kerdau kritikal, mungkin PRK

TEMERLOH: Negara mungkin terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau diberitakan dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke Hospital Temerloh semalam akibat komplikasi selepas pembedahan ulser usus.

Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, dikatakan makin kritikal akibat komplikasi jantung dan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, beliau yang merupakan anggota skuad "James Bond Malaysia" berstatus duda, telah menjalani pembedahan tetapi akibat penyakit-penyakit lain yang dihadapinya seperti serangan jantung dan kencing manis, membuatkan keadaannya tambah teruk.

Beliau sebelum ini dikatakan telah banyak kali keluar masuk hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak banyak dapat menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Pada PRU 12 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).

N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana YDP Kawasannya ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.





No comments:

Post a Comment