Thursday, August 4, 2011

Umno khianat, pendatang jadi warganegara

Jangan terperanjat! Jika seseorang yang anda biasa kenal sebagai warga asing selama ini, tak kiralah dia Indon yang bekerja kontrak atau amah ke, Bangla yang bekerja di stesen minyak ke, Nepal yang bekerja menyuci tandas hospital ke atau Myanmar yang jual batu permatakah dia, tiba-tiba mereka mempunyai hak yang sama seperti anda. Iaitu memiliki mykad dan seterusnya boleh mengundi dalam pilihan raya.

Ini bukan khayalan atau lawak jenaka, tetapi demikianlah jadinya sistem dalam negara ini.

Sekarang ini sesiapapun pendatang luar ke negara ini boleh menjadi warganegara, jika itu kehendak JPN. Mereka juga boleh mengundi, jika itu kehendak SPR.

Semua ini terdedah selepas kebanyakan laman internet melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru. Dia telahpun menjadi warganegara kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang kelmarin dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

Perkara ini telah menjadi perbahasan hangat seperti di laman Malaysiakini yang menganggap JPN dan SPR memperjudikan negara hanya semata-mata untuk kuasa.

“Jangan nanti anak cucuk kamu menjadi pelarian di negara sendiri. masa tuu renungkan sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap negara sendiri...,” ulas satu komen.

Kita percaya penyokong kerajaan khususnya Umno, tidak akan merasa apa-apa gugatan dengan fenomena yang berlaku kerana ‘kemudahan’ yang diberikan kepada pendatang luar ini mungkin meneyebelahi mereka. Bahkan puak ini akan mempertahankan apa yang berlaku!

Namun begitu, kita boleh bayangkan apa akan terjadi kepada tanah Melayu dan orang Melayu di negara ini pada masa akan datang andai kata sistem yang ada berterusan tanpa pembaikan.

Justeru itu kita menyokong tindakan Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang menggesa diadakan sidang parlimen tergempar bagi membangkitkan isu ini.

“Ini adalah sesuatu yang serius dan perkara khianat yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu di ibu pejabat Pakatan Rakyat (PR) di sini, semalam.


2 comments:

  1. MALAYSIA AKAN JADI REPUBLIK SATU HARI NANTI!!! BILA ADA ANTARA PATI YG AKAN JADI PERDANA MENTERI KELAK! TAK MUSTAHIL KAN? KRN SUDAH TENTU MRK JUGA AKAN MEMENUHI KANCAH POLITIK NEGARA..DULU PATI DI TANGKAP DAN DI HANTAR PULANG TP KINI DIBERIKAN BETIS...SECARA TAK LANSUNG AKAN MENGUNDANG LEBIH BYK KEMASUKAN PATI KE NEGARA INI SBB NYA MRK AKAN DIBERI KERAKYATAN SEGERA!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Umno.
    jasamu dikenang.
    Sekian, majulah PATI untuk negara!

    ReplyDelete