Tuesday, August 9, 2011

Dun Kuala Semantan rayu derma


Sempena bulan Ramadan, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin

Dun Kuala Semantan yang dimenangi PAS melalui calonnya, Syed Hamid Syed Mohamad pada PRU yang lalu mempunyai 11 UPU iaitu Paya Pulai, Tanjung Batu, Buntut Pulau, Pangsenam, Lebak, Bandar, Jalan Bahagia, Kampung Batu, Temerloh Jaya, Lubuk Paku dan Seri Semantan.

Menurut pembantu khas Adun, Ahmad Zubir Omar, bagi meneruskan acara tahunan tersebut sehingga kini pihaknya telah mengagihkan bantuan berkenaan mengikut unit peti undi (UPU) Dun berkenaan.

(Gambar: Syed Hamid sedang menghulur sumbangan di Kampung Batu Satu.)

“Bagaimanapun kita masih memerlukan sumbangan kewangan daripada yang berhajat untuk memanjangkan sedekah jariah bagi tujuan membantu golongan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kata Zubir, sumbangan wang juga diperlukan bagi dana pilihan raya untuk PRU 13.

Justeru itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang boleh memasukkannya ke akaun BIMB 06028010048010 atau menghubungi pejabat Adun 013-9384199 untuk sebarangan bantuan dan pertanyaan.

“Segala bantuan untuk meneruskan pejuangan ini amatlah disanjung tinggi dan diucapkan jutaan terima kasih,” rayunya.

~Harakahdaily

2 comments:

  1. hahaha, beri singgit heboh serata dunia, hehehe

    ReplyDelete
  2. Ambil balik RM24 juta duit cincin dari Rosmah dan bagi pada rakyat. RM24 juta tu boleh dpt dua buah jambatan Kuala Krau tu....!

    ReplyDelete