Monday, April 30, 2012

Taktik kotor burukkan Anak

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) hari ini membuat laporan polis berikutan sepanduk berunsur fitnah menggunakan nama persatuan tersebut yang di beberapa tempat seperti di Felda Bukit Sagu, Bukit Goh, Bukit Kuantan dan sekitar Jengka dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan Anak.

Antara lain sepanduk tersebut bertulis: “Kami Tidak Teringinkan Durian Runtuh! Para Peneroka Felda Jangan Terima Durian Runtuh Kerana Kita Ada Maruah Dan Harga Diri Najib Penipu Peneroka! Hidup Pakatan Rakyat”.

Jurucakap Anak memberitahu, pihaknya tidak pernah membuat dan menggantung sepanduk seperti itu kerana perjuangan Anak bukanlah untuk menghalang peneroka memperolehi wang mereka.

“Selama ini kami tidak pernah menghalang peneroka menerima wang daripada Felda atas apa juga namanya kerana yakin semua wang tersebut adalah milik peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang memajukan ladang Felda.

“Apa yang kami perjuangkan ialah mengembalikan hak-hak peneroka secara adil. Anak secara jelas juga menentang penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) kerana percaya hanya akan menyebabkan pihak lain yang akhirnya akan menguasai aset-aset Felda.

“Yang terbaru Anak menentang cara paksaan terhadap peneroka supaya menandatangani borang hutang bank untuk beli saham yang tidak difahami peneroka kerana dalam bahasa Inggeris”.

Anak tidak pernah sama sekali menentang peneroka menerima durian runtuh seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali.

“Ada pihak, mungkin dalam Felda sendiri merasa tergugat dengan penerangan dan informasi yang diberikan Anak selama ini sehingga menyedarkan ramai peneroka seluruh negara.

“Bagi membendung pengaruh Anak yang semakin diterima di tanah-tanah rancangan, pihak yang menyebarkan fitnah itu main taktik kotor iaitu menggunakan nama Anak supaya dibenci peneroka kerana halang terima durian runtuh”.

Pihak polis digesa menyiasat siapakah dalang di sebalik kerja-kerja jahat itu supaya fitnah yang boleh menimbulkan permusuhan seperti itu tidak berleluasa lagi pada masa akan datang.

Sunday, April 29, 2012

Polis terhutang nyawa dengan peserta Bersih

Kebanyakan akhbar harian hari ini memfokuskan sebuah kereta yang diterbalikkan dalam himpunan Berih 3.0 semalam di sekitar Sogo, bagi menggambarkan kononnya peserta perhimpunan ganas.

Tidak disorot pula secara adil, mengapa kejadian tersebut berlaku. Lojikkah kereta polis tiba-tiba berada di tengah orang ramai atau diusung angkat oleh rakyat yang berhimpun?

Peristiwa sebenarnya ialah kereta tersebut telah meluru ke kawasan rakyat berkumpul dengan laju lalu melanggar manusia di situ. Beberapa orang cedera parah akibat rempuhan gila tersebut dan seorang dikatakan meninggal dunia di hospital.

Sebenarnya polis yang memandu kereta berkenaan terhutang nyawa dengan peserta Bersih, kerana perbuatan kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan itu telah mengundang kemarahan rakyat yang sebelum itu telah lemas ditembak dengan gas pemedih mata dan semburan asid.

Polis tersebut ada kemungkinan menemui ajal jika dibiarkan di situ kerana dikerumuni ramai sehingga boleh dikeroyok semahu-mahunya, jika peserta Bersih ganas. Mujurlah ada peserta himpunan yang cukup berperikemanusiaan, profesional dan tidak mahukan kekecohan lalu melindungi polis yang berada dalam keadaan panik itu sehingga terselamat.

Adegan tersebut dapat disaksikan dengan jelas melalui: http://www.youtube.com/watch?v=3F390Ofsyfs&feature=relmfu

Peristiwa tersebut berlaku sangat pantas.

Kereta tersebut diterbalikkan kerana rakyat mengsyaki masih ada peserta yang tertindih atau terhempap oleh kereta polis yang meluru begitu laju melanggar rakyat Malaysia itu.

Rakaman tersebut dapat disaksikan dengan jelas rakyat yang berhimpun secara aman telah dirempuh polis. Namun cerita tersebut tidak dimuatkan dalam lidah-lidah rasmi Umno, menandakan mereka berbohong menutup cerita sebenar bagi menipu pakcik-makcik di kampung.

Bagi mereka yang hadir, sekali imbas saja sudah tahu media lidah rasmi Umno berbohong. Dari segi jumlah kehadiran saja pun mereka jelas menipu. Jadi apa pula masalahnya jika keseluruhan peristiwa mahu diputar belit?

Kami akan cuba memaparkan banyak lagi cerita-cerita benar daripada pengalaman peserta himpunan dan tidak akan menutup atau mengalih isu ini kerana ia lambang transformasi yang dicita-citakan Najib selama ini.

Rakyat tidak mahu bermusuh dengan polis. Namun kesal dipergunakan oleh pimpinan Umno bagi melaga-lagakan institusi itu dengan rakyat yang menuntut keadilan!

Saturday, April 28, 2012

Apa yang akan dilaporkan lidah rasmi Umno besok?

1. Himpunan Bersih 3.0 gagal, tak sampai 1,000 hadir

2. Penunjuk perasan ganas

3. Polis amat toleransi

4. Peniaga merungut kedai tak laku, sepatutnya dapat beribu-ribu

5. Pembangkang langgar undang-undang

6. Rakyat lawan Yang Dipertuan Agong

7. Orang curi pistol polis

8. Polis mati kena belasah

9. Sebuah kereta langgar polis empat cedera parah

10. Penunjuk perasaan rosakkan harta benda awam

11. Penunjuk perasan bawa bom...

.... dan tegar Umno tetap akan percaya ... dan terus percaya....!

Friday, April 27, 2012

Melayu Umno mudah lupa...

Ketika Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
mendedahkan kedua-dua Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno kelmarin, mereka segera menongkah bahawa itu fitnah! Fitnah! Fitnah!

Setelah didedahkan, kenyataan kedua-duanya di akhbar hari ini agak lembut sedikit apabila mengatakan tidak ingat langsung bila dan di mana pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.

Malah dalih mereka, tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.

“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.

Saifuddin sebelum ini mendesak kedua-dua orang kuat SPR itu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Dalam kenyataan itu, Saifuddin berkata, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru, Ampang manakala Wan Ahmad pula ahli cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

Ramai yang beranggapan, SPR ini sepatutnya seperti hakim iaitu benar-benar berkecuali supaya bukan saja berlaku adil tetapi juga dilihat adil.

Hal ini sudah diamalkan sejak lama di negara-negara maju.

Jika sudah menjadi ahli Umno, maka jauh di dalam lubuk hatinya sudah tentu wujud sedikit sebanyak kecenderungan untuk menyebelahi BN.

Maka tidak salahlah jika rakyat mengsyaki bahawa SPR bias kepada BN!



Permulaan ‘durian runtuh’ untuk peneroka, hutang bank


Ramai peneroka (kecuali tegar Umno) terpinga-pinga apabila mendapati ‘durian runtuh’ awal kepada mereka ialah Felda di bawah Tan Sri Isa Samad mengajak para peneroka berhutang dengan bank untuk bermain saham.

Ramai yang menganggap sebelum ini, terutamanya tegar Umno, apabila tersenarai saja Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, peneroka akan dapat saham percuma. Lalu jika demikian tiadalah apa-apa risiko di pihak mereka.

Tetapi hari ini Isa Samad mengumumkan Felda melantik tujuh bank komersial untuk menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membolehkan peneroka membeli saham.

Ini bermakna tiadalah keistimewaan kepada peneroka kerana saham tersebut kena dibeli. Sesiapa yang ada wang boleh membelinya, termasuk sebuah syarikat Yahudi yang bakal menguasai 20 % saham Felda.

Keduanya, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad. Jadi jika berhutang, apa cagarannya? Berapa lama tempoh yang mereka kena bayar? Apa pengalaman yang dimiliki untuk main saham?

Bagi peneroka yang berusia lanjut dan hanya mahu menghabiskan sisa-sisa usia tua dengan ibadat, sangat marah kerana Felda masih mahu memerangkap mereka dengan hutang bank dan riba’.

Di Pahang, ada peneroka yang lebih marah lagi kerana mereka ‘dipaksa’ untuk tandatangan borang tertentu dalam bahasa Inggeris. Borang pula tidak boleh dibawa pulang untuk diteliti, kena diisi depan pegawai Felda.

Kita faham ada pihak atasan yang mahu sangat Felda masuk bursa saham kerana sedang mencongak kekayaan dan durian runtuh.

Tetapi kenapa diheret peneroka.

Kenapa tipu peneroka kata warga tanah rancangan itu akan senang lenang dengan berhutang membeli saham. Sedangkan jika benar-benar sayangkan mereka, bayar saja harga KPG dengan kadar segera. Bayar wang Tabung Tanam Semula yang dipegang Felda. Ada lagi yang belum dijelaskan seperti wang MPOB dan SES atau harga kayu getah atau bantuan Risda.

Kembalikanlah wang tersebut kepada pemilik-pemiliknya biar mereka senang, tak payah diajak mereka berhutang bank dengan janji kononnya untuk senang lenang.

Bantu peneroka memiliki kediaman yang sempurna dan selesa. Bantu anak-anak mereka yang berminat di bidang keusahawanan. Yang penting jangan suka ugut peneroka dan takutkan mereka dengan perkara yang bukan-bukan.

Seperti yang selalu ditegaskan, komuniti peneroka telah banyak berjasa kepada negara. Merekalah yang membanting tulang menebang-nebas hutan belantara membuka tanah dengan keringat, darah dan air mata.

Semua orang tahu tidak ada yang percuma kepada warga peneroka melainkan semuanya berbayar melalui potongan hasil. Tanah ladang kena bayar, rumah kena bayar, jalan ladang kena bayar, baja dan racun kena bayar, gaji pegawai kakitangan Felda mereka bayar bahkan sarung tangan dan kereta sorong pun dipotong meja.

Namun hasil daripada kerja gigih 112,000 peneroka serta keluarga mereka, akhirnya Felda menjadi estet tersohor di dunia. Isa Samad, Najib dan Ahmad Maslan tidak pernah mengharung belantara. Yang mereka tahu ialah timbunan wang hasil Felda pernah ada berbilion-bilion.

Tetapi di atas kudrat siapa?

Ada peneroka di beberapa tanah rancangan yang menangis tidak berlagu kerana tanah mereka tergadai kepada korporat. Ada yang sejak mulai jadi peneroka, rumah mereka tidak berubah sejak mula. Ada di kalangan keluarga mereka berpecah belah hasil berebut tanah pusaka yang tidak boleh difaraid.

Banyak lagi yang boleh ditulis tetapi perlukan ruang yang panjang. Pendek kata, peneroka sudah menempuh pelbagai pahit maung. Cukuplah, biarkan mereka nikmati ketenangan di penghujung usia mereka ini.

Justeru tidak wajar mereka dipujuk rayu atau ditipu untuk berhutang membeli saham yang banyak risikonya!

Thursday, April 26, 2012

"Besok bubar parlimen, 3 Jun election"

Demikianlah SMS dari seorang kawan di KL, katanya daripada sumber dipercayai.

Ayat dan gaya tulisannya diambil bulat-bulat seperti yang dihantar kepada pada jam 7.44 pagi tadi.

Alangkah malangnya rakyat Malaysia, tarikh yang sangat penting untuk ditentukan oleh belasan juta rakyat Malaysia memilih kerajaan menerajui negara ini, hanya dibuat teka-teki sahaja oleh Menteri Wanita Najib Tun Razak.

Moga-moga rakyat sedar, jika benar mahukan negara dan rakyat dan negara ini maju, tranformasi dan sebagainya, rakyat tidak sepatutnya hanya dijadikan mangsa teka-teki sahaja.

Negara ini hak 28 juta rakyat, bukannya milik seorang dua pemimpin Umno.

Kenapa dibairkan keluh kesah dan akan terjadinya kelam kelibut ini. Pilihan raya sangat penting.

Untuk memajukan negara, rakyat juga mesti diberi peranan. Tetapi jika selamanya menganggap rakyat hanya layak menelan sahaja semua propaganda dan menjadi yes man, 50 tahun lagi pun mentaliti rakyat hanya menjadi pemikiran seperti orang Umno saja.

Wednesday, April 25, 2012

Kenapa pengasas Utusan akan menangis?

Rakan-rakan facebook yang berada di sekitar Lembah Kelang dan Selangor merungut, sejak dua minggu lalu rumah-rumah mereka ‘didatangi’ akhbar lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia, meskipun mereka tidak melanggan atau memesannya.

Rupa-rupanya akhbar tersebut sengaja ‘dicampak’ ke dalam pagar secara percuma.

Sudah tentu ada sebabnya. Yang pertama jualan akhbar tersebut merudum teruk sekarang ini seolah-olah diboikot. Tetapi oleh kerana ia merupakan agen propaganda dan bahan gerak saraf Umno, maka ia dijamin oleh kerajaan BN agar tidak bankrap.

Kedua, memang menjelang pilihan raya ini Umno menjadikan akhbar tempat berhimpunnya think-tank Najib itu, untuk tujuan kempen dari rumah ke rumah.

Bayangkan, kalaulah pengasas akhbar pertama Melayu (mula 1936) itu, ataupun pengarangnya seperti Pak Sako, Rahim Kajai, Said Zahari dan lain-lain tahu nasib Utusan sudah dilacurkan demi politik, tentulah mereka akan menangis teresak-esak.

Jenuh mereka berjuang sehingga diangkat oleh orang Melayu, skhirnya akhbar yang dikatakan pernah membangkitkan semangat kemerdekaan orang Melayu itu, hanya menjadi sapuan najis rakyat sahaja apabila berada di tangan Umno!

Hari ini Utuseks Malaysia menjadi kebencian umum kerana nilai pemberitaannya sama standard dengan blog upahan Umno.

Begitupun, saya temui komen-komen menarik dalam facebook tentang isu ini:

Asrul Mohd Nor tandanya Tuan surat khabar ni dah gila

Ahmad Nadzrol My Serious? Terdesak sgt?

Laila Khalidah Binti Ismail amal jariah tu... sebahagian daripada aktiviti CSR gitew... takper kumpul banyak2 leh jual kat tempat recycle ;)

Mohd Nabhan Sanusi tanda2 kiamat la tu hehe

Nazrul Hafeez Ok la tue bro dapat free .aku pun nak mcm tue.

Umar Ab Wahab Smlm blk drp Kuantan nampak dah benda ni, ingat org umah beli. Pg td tgk ada kat halaman rumah. Jiran bgtau dah masuk hari ke2 dah..

Elina Hani lau ada masa..cek..takot tuan yg sepatotnya dpt..tertunggu2.. :)

Razin Ahmadi apesal aku tak dapat...??
Nur Anas tertunggu2 jugak harakah nak edarkan version free.. malas nak beli kang support iklan ubat kuat plak...lucahsss...

Wan Izzuddin Sulaiman Demam pilihanraya..Utusan lebih banyak sebut nama Anwar dari nama Najib...

Fhirdaus Samsudin Hindu hantar paper ngantok silap baling rumah.....
Mohd Abduh Yaacob Suratkhabar tak laku. Buat bungkus nasi lemak

Umar Ab Wahab sebenarnya circulation jatuh la ni..

Umar Ab Wahab Harakah mana blh bg free. Utk ahli sahaja..

Mohamad Nazran Bulp dalam tu ada harakah kah ?

Mohammad Rahfity Abdul Aziz esok bakar je depan org yg bg free.. xpun amik gambar bakar utusan and upload dlm youtube kata kami menyampah dgn utusan..

Buyard Amy kat umah aku pun sama lor...
dah 3hari...

Azhan Mashod GPS news paper man tu belom download latest map :)
Feroza Sulaiman Buat lapik kaki

Abidah Konchong free ker?

Umar Ab Wahab Free Cikgu Abidah Konchong..

Tot (Dibayar dgn duit rakyat melalui saluran Kerajaan BN)

Khairul Nizam Razali dgr citer Utusan Malaysia dah nak bankrupt sbb jualan x mencapai tahap yg disasarkan

Arel Alfayed kalau dah benci .. usahkan free baca pon tak sudi .. huh !!

Alfian Abdul Halin tanda2 kiamat :P

Sierra Shukri ade bele kucing x kat umah????bt lapik kucing tu tido pon bleh gak....

M Yusoff Bin Daud Risalah rasmi amno, mintak kpdnk gantung utusn meloya dan arahkan utusan letak label untuk "ahli Sahaja"

Jebat Khir Rick lebihan jualan yg xlaku.... bagi free je la bang oiiii

M Yusoff Bin Daud Takkan pagi-pagi dah tak laku....

Teratak Madanis En umar ni nampak benar sebelah pakatan...sebenarnya kita sesama Islam tak yah belah mana pun kecuali belah Islam yg sebenar...yg at d moment tak da satu pun kecuali Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazim,Ustaz Don n Datok Hasan Ali bergabung buat satu parti.Mungkin anda rasa sapanak sokong mrk...baik p dulu ceramah2 mereka...n lihat sendiri bahawa d Msia masih ada yg inginkan Islam tak mcm mrk yg ketagihkan satu undi iman tergadai paham En Umar.

Fadhli Khalid tandanya surat khabar tu dah x de org nak langgan....jual kat surat khabar lama je....

Umar Ab Wahab Isunya bukan belah BN or PR. Fitnah kalau dimeriahkan hari2 org menyampah gak.. Ada sorang jiran aku dah siapkan kotak dan susun UM dlm tu..

A Fauzi M Zabidi Takpelah bg kat sapa2 yg buat recycle, nasi lemak etc..

Nariman Marzuki kat sekolah pun semua dpt free...




3 Hari Menjelang BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan

1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.

2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.

4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.

8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.


Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, April 24, 2012

Negara bankrap modal baru BN

Idris Ahmad
24 April 2012

BANKRAP adalah satu modal baru Umno-BN untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu agama, bangsa dan raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap tiga perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilabelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno.
Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1,100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan.

Sebenarnya taktik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53 peratus, paras bahaya ialah 55 peratus. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham Bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Terengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajudin Ramli dihapus kira, projek NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucar.

Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insya-Allah negara selamat, rakyat mendapat rahmat.

Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat

~ Sinar Harian

Monday, April 23, 2012

PAS Maran mahu Kuliah Pekan naik taraf kolej

MARAN: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Maran meluluskan usul mendesak Kerajaan Negeri Pahang menaikkan taraf Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan kepada tahap kolej atau universiti seperti Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Terengganu.

Ketika membentangkan usul daripada Dewan Muslimat dalam mesyuarat kali ke 32 di Kampung Lanting di sini, wakilnya berhujah bahawa kenaikan taraf tersebut amat perlu selaras dengan perkembangan dan tuntutan pengajian Islam sekarang.

“Perubahan ini perlu dilakukan kerana minat masyarakat terhadap sekolah-sekolah agama semakin meningkat sedangkan pengambilan kemasukan ke pusat pendidikan tersebut amat terhad.

“Tentulah merugikan pelajar-pelajar pintar anak negeri ini yang sepatutnya boleh menyambung pelajaran jika dinaik taraf sebagai kolej, terpaksa menuntut di tempat lain hanya kerana kelemahan kerajaan menjadikannya sebagai sebuah kolej,” katanya baru-baru ini.

Tambahnya, sekolah tinggi yang serba kekurangan itu terpaksa menampung pelajar-pelajar lepasan 18 buah sekolah menengah agama di negeri ini. Justeru jika kerajaan berusaha menaikkan tarafnya menjadi kolej sudah tentu mendapat peruntukan besar daripada Pusat untuk penambahbaikan prasarananya.

Usul tersebut merupakan antara lima usul yang diterima perwakilan dalam mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak Ustaz Salahuddin Mohd Nasir.

Sekolah tinggi yang mengambil pelajar daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dengan nama rasminya Kulliah Al-Lughah Wa Ad-Din As-Sultan Abu Bakar itu ditubuhkan pada 30 Ogos 1941 oleh Sultan Pahang.

Sekolah tersebut merupakan satu-satunya di negeri ini saluran bagi pelajar-pelajar beraliran agama bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan lain-lain universiti di Timur Tengah setelah lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hasnan Harun ketika membahaskan usul berkenaan, berkata sudah ramai tokoh yang dilahirkan daripada kuliah tinggi berkenaan termasuk ada yang menjadi pensyarah, mufti dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

“Jadi tentulah rugi jika pusat pendidikan berprestij seperti ini tidak dinaikkan taraf. Ini menggambarkan lemahnya kerajaan negeri dan kurangnya keprihatinan meningkatkan taraf pendidikan agama seperti yang dilakukan kerajaan Terengganu menaikkan taraf sekolah menjadi kolej (Kusza).

“Kami percaya segalanya boleh dilaksanakan dengan keazaman politik dan tawaran kita jika Pakatan Rakyat memerintah Pahang, usul ini akan dilaksanakan,” hujahnya disambut dengan tepuk tangan yang gemuruh.

Difahamkan hanya PAS Kawasan Maran yang mengangkat, membahas dan meluluskan usul seumpama itu dalam mesyuarat-mesyuarat agung PAS di seluruh negeri sekarang.


GAMBAR:
1. Ustaz Salahuddin Nasir menyampaikan ceramah perasmian

Friday, April 20, 2012

Pemuda Pahang kecam Umno politikkan bantuan SAR Kafa

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang mengecam tindakan mempolitikkan penyampaikan cek bantuan (Sekolah Agama Rakyat) SAR Kafa yang diagihkan melalui Umno Bahagian di negeri ini sehingga memberi ruang parti itu berkempen.

Ketuanya Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata, program seumpama itu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan demi kepentingan Umno kerana merupakan dana awam untuk kepentingan anak bangsa.

Beliau yang mendakwa menerima banyak aduan dan rungutan daripada guru-guru SAR Kafa, program penyampaian cek itu wajar dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) bukannya dianjurkan Umno.

“Ada di sesetengah tempat penyampaian cek diadakan di pejabat Umno dan disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian sendiri, kenapa ini berlaku sedangkan banyak lagi lokasi sesuai kenapa perlu disampaikan di pejabat Umno Bahagian.

“Tambahan pula, peruntukan itu bukan dikeluarkan melalui dana Umno atau BN jadi tidak sewajarnya dieksploitasi demi kepentingan politik Umno terutama menjelang pilihan raya ini,” ujarnya.

Shahril berkata demikian mengulas keresahan kebanyakan guru-guru SAR Kafa yang terpaksa menadah telinga mendengar kempen politik pemimpin Umno sebelum diagihkan cek bernilai RM21 ribu sebagai sumbangan tahunan untuk pembangunan institusi pendidikan tersebut.

Difahamkan, cek-cek tersebut mula diagihkan awal bulan ini di seluruh Pahang tetapi seperti juga penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan baucar buku yang diagihkan melalui ketua-ketua Umno Bahagian.

Shahril menambah, mempolitikkan pemberian bantuan ini tidak wajar dibiarkan kerana bukan semua wakil-wakil SAR Kafa terdiri daripada orang Umno dan ini boleh dianggap penyalahgunaan agensi awam untuk kepentingan politik.

“Kami kesal kerana PPD dan Paid yang lazimnya mengendalikan pengagihan dana itu, membiarkan urusan penyerahan bantuan dikendalikan Umno dan diadakan di tempat tidak sesuai.

“Bayangkan ada guru-guru yang terpaksa menadah telinga mendengar propaganda Umno termasuk diselang-seli dengan maki hamun terhadap parti-parti lain demi kepentingan politik.

“Sebab itu kami kecam dan perkara seperti ini tidak wajar dibiarkan berlanjutan,” tegasnya.

Shahril menjelaskan SAR Kafa selama ini telah banyak mendidik anak bangsa sejak zaman berzaman supaya menjadi insan dan warganegara berguna sebagaimana yang diterapkan dalam pelajaran dan kurikulum tersebut tidak terdapat dalam kelas persekolahan biasa.

Tambahnya lagi, guru-guru SAR pernah berada dalam keperitan mempertahankan institusi tersebut daripada tutup apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyekat bantuan per kapita kepada SAR pada tahun 2002.

Bukan itu saja, SAR pernah pada satu masa dilabelkan sebagai sarang pengganas oleh pemimpin Umno.

“Tetapi hari ini pemimpin Umno berlagak sebagai hero ketika menyampaikan wang untuk SAR yang datangnya daripada wang cukai rakyat, asnaf zakat dan sumbangan orang ramai,” katanya.



Thursday, April 19, 2012

Anak sedara Isa Samad tubuh Cibai

Pembekal kasut terbesar untuk Felda, Zahid Mat Arip, hari ini muncul dalam akhbar Sinar Harian memaklumkan penubuhan satu lagi gerakan anti Anwar Ibrahim iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau Tibai.

Oleh kerana semua tahu isu yang akan dicanangkan sebagai selaku skuad khas seks yang ditubuhkan Umno, maka rata-rata mereka merasakan sebenarnya mahukan namakan kumpulan itu adalah Cibai.

Tetapi mungkin dirasakan takut mengganggu sensitiviti orang Cina kerana bermaksud lucah, mereka namakan saja Tibai.

Zahid yang pernah melabelkan ulamak sebagai “pukimak” melantik dirinya sendiri sebagai Mursyidul Am.

Jika Pergerakan Ikwan Muslimin di Mesir ada mursyidul amnya, maka Mursyidul Am Cibai di Malaysia ialah Zahid yang pernah mengaku sebagai ‘cucu Ghafar Baba’ itu.

Menurut Zahid, Cibai akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman. Ia akan dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Fokus Cibai untuk memfitnah Anwar ialah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah Zahid, keahlian Cibai adalah terbuka dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, cukup hanya di dalam hati, sahaja aku sertai Cibai kerana ALLAH Taala, katanya.

Cibai turut ditubuhkan oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin; Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho
Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.

Zahid turut mengakui, Cibai menyokong Umno.


Wednesday, April 18, 2012

Konvensyen Halatuju Felda



OBJEKTIF
Ø Memberikan pendedahan kepada awam tentang kepentingan FELDA dalam masyarakat
Ø Membincangkan halatuju FELDA sebagai badan rakyat dalam mengahadapi cabaran global
Ø Membincangkan secara khusus kesan penyenaraian FGVB dalam bursa saham
Ø Merangka dasar jangka panjang untuk FELDA demi menyelamatkan warga peneroka yang kian hari dihimpit dengan pelbagai isu
Ø Membina keyakinan awam terhadap FELDA yang menjadi antara penyumbang besar dalam kek ekonomi Negara pada masa akan datang


TEMPAT
Dewan Utama Universiti Industri Selangor ( UNISEL ), Shah Alam Selangor

TARIKH
22 April 2012 ( AHAD )

MASA
8.30 Pagi sehingga 5.00 Petang


TENTATIF PROGRAM

08.00 pagi : Pendaftaran peserta
: Ketibaan Wakil-wakil Jabatan Kerajaan/NGO/VIP
08.30 : Nyanyian Lagu Negaraku
: Konvensyen Bermula
09.00 : Perasmian Program
10.00 : Perbentangan Kertas Kerja 1
Felda Global Venture Berhad (FGVB), Untung dan Rugi Penyenaraian
Oleh : Ybr Dr Rosli Yaakub
( Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara )
12.00 : Ulasan dan komentar
Oleh : 1. Ybrs Tan Sri Syeikh Abdul Kader Syeikh Fadzir
2. Dato’ Zainal Hassan
: Soal Jawab Peserta
01.15 : Rehat
: Makan tengah hari dan Solat Zohor
02.15 : Pembentangan Kertas Kerja 2
Masa Depan dan Halatuju FELDA
Oleh : Dr Kamari Kasan
03.15 : Ulasan dan Komentar
Oleh : 1. Dato’ Paduka Husam Musa
2. En Rafizi bin Ramli
04.30 : Majlis Perasmian Penutup Konvenyen
Oleh : Tan Sri Khalid Ibrahim ( Menteri Besar Selangor )

ANJURAN : Gabungan NGO-NGO Gerakan Selamatkan Felda

Mengadap Agong, titah Umno henti jadi batu api

Bagi mengelakkan institusi raja-raja Melayu terus dilaga-lagakan dengan rakyat sendiri, kita fikirkan adalah lebih elok sekiranya pemimpin Pakatan Rakyat berserta NGO yang bencikan perangai batu api lidah rasmi Umno menghadap Yang Dipertuan Agong memohon ditegur sikap keterlaluan yang dimainkan itu.

Kita tahu, isu kononnya pemimpin pembangkang bertindak mempersenda dan mengejek pemimpin kerajaan serta raja-raja Melayu pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong tempoh hari, hanya dimainkan oleh lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia berdasarkan hanya tulisan blog Dr Rahman Kadir.

Susulan daripada itu akhbar tempat berhimpunnya think-tank Menteri Wanita yang baru Dato Seri Najib Tun Razak spin isu yang sengaja dicipta itu dengan mengambil dan menyiarkan pendapat di kalangan pemimpin Umno.

Seperti biasa dan streotaip, juak-juak Umno akan bergelandangan membuat laporan polis, berdemonstrasi dan masuk akhbar. Itu sajalah kerjanya setakat ini kerana mereka tidak berfikir lebih daripada itu!

Semua orang tahu bahawa ini bukan kali pertama lidah rasmi Umno berkenaan memainkan isu rekaan bagi mengalih pandangan rakyat sekali gus cuba memaksa pimpinan PR melayan dan menjawab mainan isu rekaan tersebut.

Tidak payahlah kita sebutkan di sini satu persatu kerana iajelas bak pepatah sudah tenga lagi bersuluh.

Tentulah sebagai agen propaganda dan gerak saraf Umno, Utuseks cuba sedaya mungkin supaya pemikiaran rakyat akan tertumpu kepada isu mainannya sekali gus sebagai ikhtiar menutup pelbagai ‘pekung dan kudis yang diperkatan rakyat.

Akan tetapi isu yang satu ini dikira bahaya kerana lidah rasmi Umno tergamak menjadi batu api dengan memilih isu yang melibatkan pertembungan rakyat dengan istana.

Ini bahaya!

Ketika Umno Terengganu terang-terang memaki hamun bekas Yand Dipertuan Agong dulu dengan istilah “natang” dalam isu memilih Menteri Besar, rakyat belum tergamak mencadangkan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas.

Perbuatan seperti itu sudah tentu sama sekali tidak boleh dimaafkan kerana Kesultanan Melayu dimuliakan dalam Perlembagaan.

Itu baru satu peristiwa. Jika dibuka perangai Umno ketika krisis Perlembagaan dulu, lebih teruk lagi biadabnya.

Tetapi apakah yang Umno buat? Pernah meminta maaf?

Kali ini Umno berpura-pura lagi dengan menjadi batu api melaga-lagakan raja-raja dengan rakyat guna untuk menutup isu-isu yang boleh menumbangkan BN.

Maknanya, Umno sanggup lakukan apa saja untuk tujuan politik termasuk melaga-lagakan rakyat dengan raja-raja.

Sebab itulah kita fikir pemimpin PR dan rakyat bencikan hipokrit agar memohon menghadap Agong agar baginda menitahkan Umno jangan lagi menjadi batu api untuk kepentingan politik kerana hanya memalukan umah Melayu!



Sunday, April 15, 2012

Cerita sebalik bangunan Umno Temerloh port maksiat

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Bandar Temerloh pasti akan melihat bangunan Umno Temerloh yang tersergam di pinggir jalan berhadapan tangga Taman tasik, berhampiran kedai Chuan Thye yang terbiar sejak sekian lama.

Ramai yang mengatakan Umno tidak sepatutnya membazir setelah menyiapkan bangunan di atas tanah kerajaan itu, kemudian dibiarkan terbengkalai sehingga rosak teruk terutama di sebelah dalamnya. Cermin sudah banyak yang pecah, kabel dicuri dan dinding dirosakkan. Bangunan luar pula sudah diconteng dengan macam-macam perkataan sementara di kelilingnya pula sudah dihiasi belukar.

Pada ketika ini bangunan Umno di lokasi strategik itu menjadi port maksiat utama bagi orang jahat Temerloh. Saya sendiri pernah masuk dan mengambil gambar terdapat botol arak, jarum pencucuk dadah, kondom, longgokan sampah dan akhbar tempat jantan-betina melampiaskan nafsu di situ. Air yang menakung akibat tempiasan hujan mula membiakkan aedes dan denggi.

Tentulah janggal apabila pemimpin Umno sering menasihati rakyat supaya berhemat dan berjimat cermat, malangnya parti itu sendiri membazir dengan begitu teruk sekali.

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik bangunan Umno Temerloh yang dibiar tinggal itu. Pada penghujung 1990-an dulu, ketika itu pemimpinnya Dato’ Sabaruddin Chik dan Dato' Mohd Sarit Shamsuddin, bangunan tersebut telah dibina oleh seorang kontraktor Cina dari Mengkarak, Bera yang digelar orang sebagai “Tauke Hitam”.

Demikian saya diberitahu oleh seorang bekas OCPD yang mendakwa tahu benar tentang cerita bangunan berkenaan. Malah Dato’ Sarit didakwa sebagai rakannya.

Katanya, bangunan berkenaan dibangunkan dengan harga jutaan ringgit oleh tauke Cina itu.

Saya diberitahu setelah siap disempurnakan, entah apakah masalahnya, Umno Temerloh tidak melunaskan bayaran sehingga menyebabkan Tauke Hitam mengambil tindakan mahkamah.

Bangunan Umno itu dikatakan hanya sempat dibuka sekitar dua bulan, kemudian di arahkan tutup oleh mahkamah sehingga kes selesai. Operasi Umno Bahagian Temerloh pula berpindah ke bangunan Umno Mentakab (dulu parlimen kini Dun).

Rupa-rupanya Tauke Hitam yang kecewa dengan Umno yang mungkir janji, dikatakan telah naik mereng kerana sangat tertekan dengan penipuan Umno itu.

Bekas OCPD tadi memberitahu, Tauke Hitam masih hidup tetapi sekarang keadaannya tak keruan berjalan mundar-mandir setiap hari di Mengkarak, kadang-kadang meracau dan minum di mana suka kemudian akan dibayar oleh anaknya pada sebelah petangnya.

Tambah bekas OCPD itu lagi, kasihan melihat Cina Tauke HItam itu tetapi apa boleh buat dah dianiaya Umno. Daripada kaya, kini kehidupannya seperti merempat.

Sumber lain menyebut, bangunan tersebut akan dibeli oleh bekas Adun Kuala Semantan yang akan menjadikannya sebagai show room kereta jualannya, sementara di sebelah atas pula dikatakan akan dibuat hotel bajet.

Dato Medan mungkin boleh menyelamatkan maruah Umno Temerloh, tetapi biul Tauke Hitam sukar dipulihkan!




Friday, April 13, 2012

Tak mahu mansuh hutang PTPTN kerana IPTS kroni

Apakah maksud yang tersirat di sebalik begitu beria-ia benar dan betapa cemasnya pemimpin Umno yang menguasai negara apabila Pakatan Rakyat (PR) menawarkan pemansuhan hutang mahasiswa PTPTN oleh kerajaan sekarang?

Kenapa pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup mengelirukan rakyat dengan membandingkan wang pinjaman menuntut pengajian di universiti seperti hutang peribadi di bank dan sebagainya yang wajib dibayar?

Apa pula muslihatnya lidah rasmi Umno Utusan Meloya itu yang tergamak mengatakan memansuhkan wang membiayai pendidikan pelajar warganegara ini boleh menjejaskan Melayu?

Kenapa puak-puak kapitalis Umno kelihatan begitu cemas dan gentar dengan janji PR ini?

Jawapnya ialah kebanyakan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) kebanyakannya adalah milik kroni Umno (termasuk milik seorang pemuka Umno Pusat), MCA dan MIC yang bergantung nyawa kepada PTPTN.

Bak kata seorang sahabat Syed Putra Ahmad dalam komen facebooknya, PTPTN adalah kaedah 'manis' untuk menyalurkan dana awam kepada golongan (yang berniaga dengan pembelajaran) ini, sekali gus tidak menjamin mutu pendidikan yang ditawarkan.

Ada juga yang berhujah seperti Noraizan Ab Halim ini, kalau dilihat secara negatif, begitulah adanya...tapi tidak dinafikan ptptn banyak membantu merealiasikan impian yang sukar dicapai sebelumnya disebabkan halangan2 atau kelemahan2 tertentu....

Tetapi kata Pas Dun Guai: Ini bermakna pemansuhan PTPTN tidaklah menjejaskan Melayu (pelajar )..yang terjejas ialah IPTS. Juga bermaksud bukan isu rakyat, tapi isu kroni...Oleh itu sebaiknya rakyat diajak sokong PERUBAHAN dalam PRU 13 ni..dengan memberi mandat kepada PR.

Kata Syed Putra Ahmad lagi: pendidikan, kesihatan, perumahan dan makanan dah menjadi bisnes yg bernilai beratus bilion ringgit setahun, semua orang (kroni kapitalis Umno yang selama ini berlumba-lumba bergantung hidup melalui wang rakyat atau dana awam) nak semangkuk. Cuba periksa syarikat/institusi besar yg terlibat dalam bidang ini, pasti anda akan jumpa 'talinya' yang berakhir pada orang politik dan elit masyarakat kita yg well-connected and well-placed. 'Penswastaan' apa-apa yg seharusnya menjadi milik Allah SWT dan Rasul SAW - milik manusia semuanya - adalah langkah pertama menuju perhambaan sesama manusia. Ini bukan perkara baru dan kita seharusnya sudah cukup dewasa untuk mengenalinya biar dalam wajah apa-apapun ia muncul.

Di sebalik semua ini, ada pula mahasiswa yang tiba-tiba marah dengan tawaran PR mahu menghapuskan hutang PTPTN yang memebelenggu mereka, yang menyenaraihitamkan mereka bahkan menghambat mereka hingga ke liang lahad!

Mengapa?

Jawapnya apabila selangkah sahaja mereka menghampiri Umno, bermakna pemikiran mereka terus diperbodohkan. Ia seumpama membenarkan kata-kata Menteri Wanita yang baru Najib Tun Razak (yang salah menyebut angka RM43 bilion kerana tak faham apa itu full settlement) bahawa negara akan bankrap apabila hutang PTPTN dihapuskan?

Barangkali pelajar-pelajar berotak Umno itu termakan dengan bandingan bahawa berhutang PTPTN untuk menuntut ilmu itu samalah dengan berhutang untuk berniaga, berhutang beli rumah atau untuk tujuan peribadi.

Berkenaan ancaman atau ugutan 'negara akan bankrap' ini telah acap kita dengar. Umpamanya Idris Jala mengatakan Malaysia kan bankrap pada 2019 jika rakyat tidak membayar cukai. Manakala pimpinan Umno yang lain pula berkata Tanah Melayu ini akan muflis jika PR melaksanakan tawaran seperti dalam 'Buku Jingga'.

Kenapa pula tidak disebut tentang penyelewengan? Salah guna kuasa? Pembaziran? Rasuah? Boros berbelanja untuk joli dan berpoya-poya? Selamatkan kompeni kroni? Ertinya, semuanya itu untuk menakutkan-nakutkan sementara pimpinan Umno menganggap kebanyakan orang Melayu masih bodoh untuk memahami isu ekonomi.

Tidakkah pendidikan itu merupakan pelaburan masa depan? Bukankah pemerintahan negara dulupun mengamalkan biasiswa sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan? Ertinya sekarang sudah terbalik apabila semuanya diswastakan termasuk bidang pelajaran. Tidakkah penuntut IPT merupakan aset negara yang akan dikembalikan jasa dan baktinya untuk ditaburkan di negara mereka sendiri nanti?

Konklusinya, penghapusan hutang PTPTN bukanlah menjejaskan pelajar-pelajar Melayu, sebaliknya menjadi ancaman kepada kapitalis-kapitalis Umno yang mahu berniaga pendidikan melalui wang rakyat, sebagaimana mereka lakukan dalam bisnes-bisnes lain!

Wednesday, April 11, 2012

Penduduk rumah pangsa kesal diherdik MB Pahang

TEMERLOH: Seorang penghuni rumah pangsa kos rendah kesal dan kecewa dengan sikap tidak profesional Menteri Besar Pahang yang memarahinya hanya kerana beliau bertanyakan sijil kelayakan menduduki (CF) perumahan berkenaan.

Ramasamy A/L Letchmanan, 54, dari Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Seri Kemuning di sini, berkata peristiwa tersebut berlaku minggu lalu ketika perjumpaan kira-kira 200 orang penduduk dengan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) yang turut dihadiri Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, pertemuan di dewan Pejabat RELA cawangan itu adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan khususnya berhubung bayaran kepada MBSB dan harga rumah yang diduduki sejak 22 tahun itu.

Tambahnya lagi, Adnan dalam ucapannya berkali-kali meminta penduduk membayar rumah masing-masing tanpa menyatakan harganya sehingga menimbulkan kehairanan kepada penduduk.

“Selepas ucapan MB ada sesi dialog dan soal jawab lalu saya mengemukakan soalan sama ada CF sudah diperolehi kerana selama 22 tahun isu CF belum selesai dan bagaimana mahu bayar jika CF tidak ada.

“MB jawab bayar dulu duit rumah dan kemudian bincang tentang CF. Saya tanya lagi sebenarnya CF lulus atau tidak dan MB menjawab isu CF tidak timbul kerana yang lebih penting ialah bayaran perlu dibuat.

“Saya tak puas hati dengan jawapan MB kerana lebih 20 tahun CF perumahan kami tak dapat tetapi saya terus diam dan ambil keputusan untuk balik sahaja,” ceritanya ketika menemui SelamatkanPahang.

Tambah Ramasamy, sewaktu beliau berjalan keluar dari dewan, MB memanggil: "Ramasamy, mari sini" dengan menggunakan pembesar suara menyebabkan beliau masuk semula ke dalam dewan.

Katanya, beliau menghampiri MB sambil bertanya kenapa memanggilnya.

“Dengan kasar dan bersuara kuat menggunakan pembesar suara MB bertempik: Awak orang PKR, pergilah minta (rumah) dengan Anwar Ibrahaim. Saya jawab kenapa cakap macam itu sebab Pahang di bawah perintah BN bukannya PKR, bukannya tanggungjawab Anwar tetapi MB dan kalau Anwar mesti tolong orang susah.

“Jawapan saya itu menyebabkan MB jadi marah lalu dia rapatkan pembesar suara kepada saya sambil beranya dengan suara kasar kenapa saya masuk PKR, saya jawab 21 tahun saya sokong BN tetapi saya tak dapat apa-apa.

“Saya beritahu, BN tak tolong orang susah dan masyarakat India makin tertindas sebab itu saya masuk PKR... kerana saya sayangkan negeri saya. Saya anak jati Pahang tetapi satu inci tanah pun saya tak ada,” ceritanya.

Ramasamy yang merupakan seorang AJK Cabang PKR Temerloh berkata, mendengar jawapan saya MB terdiam dan terus berlalu pergi. Sehinggalah Ketua Bahagian Umno Temerloh Datuk Sharkar Shamsudin datang kepada saya dan pujuk saya untuk keluar PKR dengan janji untuk tolong saya dan bawa saya jumpa MB.

Tambah Ramasamy, dia tanya saya ikut Pakatan boleh dapat apa? Tapi jika keluar PKR ikut BN janji akan selesaikan banyak masalahnya. Beliau jawab, tak mahu keluar dan tak akan keluar PKR kerana selama 20 tahun sokong BN tetapi nasib
masyarakat India masih tak terbela.

Dalam pada itu beliau sangat kesal dengan sikap dan perangai MB yang tidak beradab dan tidak profesional ketika menghadapi seorang rakyat yang menghadapi masalah rumah sepertinya.

“Sepatutnya MB selesaikan masalah rakyat bukannya
marah-marah dan cakap merapu. Saya juga kesal dengan perangai MB yang merapu dan langsung tidak profesional seperti itu,” jelasnya.

PAS tawar tanah, kebajikan

TEMERLOH: Rakyat negeri ini akan ditawarkan sekurang-kurangnya lot tanah tapak rumah bagi mereka yang berkelayakan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang berkuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembayar cukai terutama pemilik premis dalam kawasan bandar pula akan dipastikan mendapat pulangan balik dalam bentuk perkhidmatan dan kebajikan.

“Penduduk di bandar merupakan pembayar cukai tetapi tidak mendapat hak yang sewajarnya. Kita biasa dengar rungutan berkaitan saliran yang tidak diselenggarakan dengan baik atau sistem kutipan sampah yang tidak memuaskan.

“Jadi keutamaan PR yang berkonsepkan Negara Berkebajikan iaitu melakukan penstrukturan semula kawasan tempat duduk, saliran dan soal kebersihan. “Ini antara komitmen kita yang akan dimaktubkan dalam manifesto di mana pembayar cukai akan mendapat semula setiap sen yang dikeluarkan melalui perkhdimatan yang bersistematik dan kebajikan,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu berucap demikian di hadapan kira-kira 200 orang semasa majlis Minum Petang Bersama Penduduk di Kampung Batu Satu dekat sini baru-baru ini. Majlis tersebut melibatkan program AJK Harian PAS Pahang yang turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Semantan.

Turut hadir Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.

Menurut Tuan Ibrahim, tidak ada keganjilannya jika PR mengagihkan tanah tapak rumah kepada penduduk negeri ini yang layak walaupun pernah dipertikaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob sedikit masa dulu.

“Kalau nak ikutkan semuanya tak boleh tapi tauke-tauke besar terus dapat tanah dengan mudah. Satu lagi sebagai bandingan, Selangor beli air dari Pahang tetapi kerajaannya boleh bagi penduduknya air percuma, kenapa Pahang tak boleh?,” soal Tuan Ibrahim.

 Tambahnya, itu maknanya kebajikan dapat diberikan jika ada keazaman politik daripada pemerintah dan komitmen inilah yang ditawarkan PR kepada rakyat. Tuan Ibrahim memberi contoh, Petronas untung RM80 bilion setahun. Jika ada komitmen dengan andaian Petronas mengagihkan satu negeri sebanyak RM1 bilion untuk pembangunan, bayangkan rakyat tidak perlu lagi membayar cukai.

“Mudah cakap untung Petronas hanya luak RM14 bilion saja sedangkan pembangunan rakyat dan negeri akan terus berkembang. Tetapi kena ini tidak berlaku? Jawapnya tidak ada keazaman politik,” katanya

Mengenai propaganda umno di luar bandar yang mengatakan jika PAS menang DAP memerintah, Tuan Ibrahim berkata parti itu hanya bertanding 26 kerusi sahaja jadi mereka tidak boleh memerintah. Katanya, di Pahang DAP bertanding dua kerusi parlimen dan tujuh kerusi Dun sahaja jadi itu mumbuktikan propaganda tersebut hanya mainan isu perkauman untuk menang pilihan raya.

“Sekarang ini dimainkan sentimen DAP Cina, seolah-olah MCA yang telah 60 tahun bersekongkol dengan Umno bukan Cina. Walhal dalam DAP ada Cina, ada India dan ada Melayu dan mereka bermesyuarat dalam bahasa Melayu.

“Jadi maknanya sentimen kaum sengaja ditimbulkan supaya orang Melayu merasakan Umno penyelamat. Bayangkan, takkanlah PAS lawan Umno DAP yang menang?,” soalnya.

Serentak dengan itu beliau mengajak penduduk di sini mempertahankan Dun Kuala Semantan (yang dimenangi PAS pada PRU 2008) dan memenangi Parlimen Temerloh pada PRU akan datang.

Monday, April 9, 2012

Pemimpin Umno baru akui ISA zalim

Akhirnya seorang pemimpin Umno yang baru digantung jawatan Timbalan Presiden FAM mengaku kejam dan zalimnya ISA, satu akta yang sudah lama mahu dihapuskan rakyat (kecuali Umno).

Pengakuan Tan Sri Annuar Musa tidak secara terus, tetapi secara bandingan di mana Artikel 88 iaitu yang memaksa beliau 'direhatkan' selama dua setengah tahun, dianggapnya zalim sama seperti ISA.

Dengan lain-lain perkataan, seseorang itu hanya akan merasa sesuatu kezaliman setelah mereka sendiri merasa betapa peritnya dizalimi. Sedangkan anggota kabinet yang duduk di Putrajaya itu tidak pernah melalui penahanan ISA, jadi sudah tentu mereka tidak tahu keperitannya.

Dalam Islam, binatang pun dilarang dikurung tanpa sebab yang munasabah. Inikan pula penahanan tanpa bicara yang sudah tentu amat tidak bertamadun dengan memisahkan ayah dengan anak, suami dengan isteri. Siapakah yang boleh merasa denyut nadi yang kena zalim? Hanya parti-parti Pakatan dan NGO yang prihatin sanggup bermandi semburan air meriam polis demi menuntut pemansuhan ISA.

Tahun lalu ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan bahawa Akta draconian yang digubal penjajah Inggeris untuk membendung komunis Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu akan dimansuhkan, sebagai satu pembaharuan atau tranformasi dalam pentadbirannya.

Terpacul sahaja daripada bibirnya yang merah itu bahawa ISA akan dihapuskan, maka seluruh media pengampu Umno memuji-mujanya mengatakan beliaulah PM paling baik di Malaysia, hatta di dunia. Bahkan dalam publisiti media sempena tiga tahun menjadi PM, media mengatakan Najib menunaikan janji-janjinya, walaupun janji mansuh ISA hanya bohong dan omong kosong!

Tetapi hasilnya? ISA tetap dikekalkan sehingga ke hari ini. Malah beberapa hari selepas pengumumannya itu, sepupunya yang menjawat Menteri Dalam Negeri telah menahan ISA beberapa orang rakyat negara ini.

Jika dibuat bandingan lagi, andainya Najib berada di tempat Annuar, maka sudah tentu Najib juga akan berkata Akta ISA yang yang dikuatkuasakan pada tahun 1960 itu amat zalim, tidak lagi sesuai dengan zaman dan perlu dihapuskan dengan segera.

Malangnya Najib belum menjadi Annuar!

Saturday, April 7, 2012

Najib dan Siti berkempen di Temerloh hari ini

Bayangkan dengan puluhan bas pengangkutan, 15 kontraktor katering makanan, beratus khemah dipasang, wang diberi lagi dan dihiburkan pula oleh artis terkenal Datuk Siti Norhaliza.

Semuanya itu menjadi pemangkin kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang datang dengan kenderaan udara untuk lawatan berkempen pilihan raya (PRU) di Taman Kubang Gajah, Temerloh hari ini.

Tidak kisah jika Najib sebagai pemimpin sebuah parti politik berkempen, tetapi itu wang dana negara yang digunakan, agensi awam dan pekerjanya yang dikerah dan segala kemudahan kerajaan yang digunapakai.

Tidak kisah jika beliau datang melawat sebagai PM menemui rakyat di negeri ini.

Malangnya datang dengan peruntukan dana rakyat tetapi berkempen untuk parti Umno-BN menjelang PRU.

Terdapat kesalahan yang besar dan melampau dengan tindakan tidak beradab ini. Walaupun diuar-uarkan tranformasi, KPI... bla.. bla... bla... dikatakan telah berlebih tercapai!

Yang peliknya, SPRM tidak pula memasukkannya penyalahgunaan kuasa ini sebagai rasuah. Itulah yang susahnya. Maka bermaharalelalah kumpulan ini.

Najib berkata jika mansuh PTPTN kerajaan kena perabis sekian-sekian, kalau hapus subsidi kerajaan kena habis sekian-sekian, jika bagi bonus kepada kakitangan awam kerajaan habis sekian-sekian, kalau dasar gaji minimum kerajaan habis sekian-sekian dan macam-macam lagilah. Tetapi Najib dan Muhyiddin boleh guna wang dana kerajaan hampir RM1 bilion dalam tempoh masa beberapa bulan untuk berkempen menyokong Umno-BN.

Sudah tentu ada sesuatu yang tak kena dengan sistem negara ini

Harapan kira orang-orang muda yang agak cerdik sedikit, agar dapat memikirkan semula terhadap pemimpin kerajaan yang berlagak boros untuk kepentingan politik ini sama ada mahukan pemimpin yang sukakan populariti ataupun mengangkat martabat rakyat untuk jangka masa panjang.

Kenapa bila untuk rakyat dan kakitangan kerajaan betapalah susahnya untuk kerajaan Umno-BN membela kehidupan, tetapi untuk pemimpin berjoli sambil berkempen dan wang sogokan mengundi begitu mudah dan banyak dana kerajaan diperhabiskan?

Itu belum lagi cerita beli cincin, melancung, bertunang anak, sambut hari jadi dan banyak lagi ketirisan lain melibatkan penyalahgunaan kuasa. Contoh klasik ialah lembu kondo dengan anugerah RM250 juta.

Generasi muda mesti bangun membantah penyelewengan ini sebelum negara menjadi bankrap dan pupus khazanah yang ada!

Friday, April 6, 2012

Dua orang PAS dikebumikan hari ini

Dua orang ahli PAS Temerloh meninggal dunia dan dikebumikan sebelum Jumaat tadi.

Menurut SMS yang dikirimkan SUK Temerloh, Hizam Abu Zaid, abang kepada AJK PAS Kawasan Ustaz Abu Hasan Abd Aziz, Arshad Abd Aziz telah meninggal dunia petang semalam dan dikebumikan di perkubutan Seberang Temerloh.

AJK PAS Cawangan Paya Kechik, Haji Ali Sudin pula, telah meninggal dunia pagi tadi dan dikebumikan di pusara kampung berkenaan.

Wednesday, April 4, 2012

Banyaknya skandal Umno, patutlah nak tutup dengan cerita seks!

60+ perkara yang UMNO dan BN belum selesai jawab...that is the rakyat money.....

1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
... 4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MRR2 Repairs = RM70 million
15. MATRADE repairs = RM120 million
16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
20. Lost in selling Augusta = RM510 million
21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses.
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million.
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion.
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious)RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers’ children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme = RM 40 million
40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64. Scandal NFC Cow and Condo RM250 juta, Sharizat ‘s husband is paid RM100K per month
65. …more to come......

~ Badrul Bin Nasarudin

12 April ini bubar parlimen?

Seorang sahabat memberitahu, beliau memperoleh maklumat daripada satu sumber risikan (rasmi) bahawa 12 April ini akan dibubarkan parlimen. Menandakan satu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Tarikh tersebut adalah sehari selepas program Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong.

Sebelum ini sudah dihebahkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan berlangsung bulan Jun, tetapi diberitakan ditarik oleh pemimpin kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, kepada September.

Mungkin tarikh di atas itu mungkin tarikh yang ditetapkan dulu, atau tarikh terbaru yang dipilih Najib. Itu belum dipastikan.

Namun dengan andaian terbaru ini, jika benar, memungkinkan PRU akan berlangsung pada cuti persekolahan kali ini.

Harapan kita jentera Pakatan Rakyat akan segera menukar gear pilihan raya, manakala rakyat Malaysia, terutama di Pahang mestilah mulai sekarang bersedia untuk berubah kali ini.

Jika peluang ini tidak diambil, entahkan bila-bila lagi peluang terbaik ini akan datang lagi!


Tuesday, April 3, 2012

Menteri Dalam Negeri tak pandai matematik?


Hari ini sebuah blog (kemmbar-seiras.blogspot.com) mendedahkan kesilapan kira-kira angka yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri di parlimen.

Kementerian yang sibuk dengan penyiaran pencapaian NKRA, KPI di akhbar-akhbar tempatan itu, menjawap berkenaan angka kematian dalam tahanan.

Bagaimanapun itu mungkin satu kesilapan.


Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...

Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.
- 3 Orang dalam tanahan penjara
- 7 Orang dalam tahanan polis
- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen
17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????

Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan
1 orang dalam tahanan penjara
9 tahanan polis
18 dalam tahanan depot imigrresen
Jom kira 1+9+18=13 ????

tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan
17 dalam tahanan polis
18 tahanan depot imigresen
17+18=21 ????

Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!!

Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak
ada pelajaran??? - Apek

Read more: http://kembar-seiras.blogspot.com/2012/04/jawapan-bertulis-raja-lawak-di-parlimen.html#ixzz1qyvTlyrH

Monday, April 2, 2012

Sebab ramai yang bertanya

TAHUKAH ANDA?

Jarak


1 kaki(ft) = 12 inci
1 m = 3.3 ft atau 1.09 ela
1 km = 3300 kaki
1 batu = 1.609344 km
1 batu nautika = 1.852 km

Keluasan tanah

1 hektar = 2.471054 ekar
1 hektar = 3.4749196 relung persegi
1 hektar = 10 km persegi

1 ekar = 4046.86 meter persegi (4.046.86 km persegi)
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 1.40625 relung persegi

1 relung = 2,877.764 meter persegi (2.877.764 km persegi)
1 relung =0.28777 hektar
1 relung = 0.71111111 ekar


Berapa ukuran berat?

Kilo
1 kilogram adalah sama dengan 1000 gram.

Pound (lb)
1 pound beratnya lebih kurang 454 grams.
1 kilogram adalah sama dengan 2.2 lbs.
Terdapat 16 ounces didalam 1 pound.

Ounce
Ounce(oz) 1 oz= 28 grams
1lb= 16 oz

Quart (qt)
Qt digunakan untuk ukur cecair.
1 qt equal to approximately 1.14 litres di Britain, or 0.95 litres in the US
Qt atau quart is so called because it is a Quarter of a Gallon.