Sunday, May 13, 2012

Kalau nak menipupun padan-padanlah...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin memberi jaminan ‘kerugian’ dialami rakyat di negeri dikuasai pembangkang akibat ketiadaan pelaburan asing akan berakhir jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri berkenaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menegaskan, tiada pelabur berminat memulakan operasi di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Begitulah seperti laporan akhbar di bawah tajuk: PM janji tebus 'kerugian' di negeri pembangkang. Ketika program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana di Shah Alam.

Barangkali sejak menjadi PM beliau belum pernah meneliti laporan-laporan daripada Ketua Audit Negara. Ataupun memang sengaja nak menipu.

Barangkali Najib tidak diberitahu oleh pembantu-pembantunya bahawa negeri yang paling banyak menerima pelaburan ialah Selangor dikuti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Serta Perak sebelum kerajaan Pakatan dirampas oleh Umno-BN dulu.

Bahkan bukan saja pelaburan tertinggi bahkan negeri-negeri Pakatan juga mendapat pujian kerana pentadbiran yang cekap hasil yang banyak dan perbelanjaan yang berhemat.

Sedangkan negeri-negeri di bawah BN menerima kecaman teruk daripada audit kerana pembaziran penyelewengan dan tadbirurus yang teruk. Negeri-negeri di bawah BN lah yang kurang didatangi pelabur.

Umpamanya negeri Pahang.

Pelabur luar liat untuk bertapak di Pahang antaranya ialah kerana penyediaan infrastruktur yang disediakan teruk seperti jalan pengangkutan, elektrik dan bekalan air. Prasarana ini yang pertama pelabur atau pemaju akan tengok. Selepas itu ialah syarat-syarat perjanjian. Kerajaan negeri tampaknya begitu lahap dengan mahukan bayaran, royalti atau hasil pajakan tanah yang tinggi untuk jangka masa yang pendek mahukan untung yang besar.

Selain daripada gagal menarik pelaburan, menurut satu analisis, kerajaan negeri Pahang juga gagal mengembangkan kutipan hasil negeri terutamanya hasil tanah yang tidak setimpal dengan kerancakan pembangunan.

Premium balak pula tidak berpadanan dengan kawasan ditebang, pengurusan sumber air yang lemah menimbulkan masalah kepada rakyat. Manakala anak-anak syarikat kerajaan negeri bawa beban.

Pesisiran pantai kosong tanpa pembangunan pelancongan serta kerajaan gagal memaksimumkan hasil pertanian.

Berbalik kepada ucapan Najib tadi, saya fikir orang Ulu Tembeling, Charok Bengawan atau pedalaman Sabah Sarawak mungkinlah percaya. Tetapi jangan harap warga negara yang celik boleh termakan dengan penipuan Najib.


3 comments:

  1. Kalau dizaman Alllahyarham Tun Razak yang baru nak membentuk dan mengeluarkan Malayu dari kepompong kemiskinan dulu berbagai rintangan dan halangan terutama dari ancaman komunis.Wal hal ketika itu Malaysia baru saja menikmati kemerdekaan.Diujudkan Tanah Rancangan Persekutuan(felda).Pada awalnya memang perit tapi setelah 3 dekad kita nampak sendiri apa hasil yang dipacu oleh Allahyarham kan?
    Kalau dulu banyak askar dan Polis jadi korban serang hendap dan jerangkap samar tatkala pembinaan Lebuh Raya Karak.Bukan setakat itu,jentera jentera binaan pun dibakar dan dibom.Ini adalah kerana komunis yang anti kemajuan.Mereka takut jika Malaysia maju,Melayu turut maju.Ketika itu orang Malayu yang bacul tak mahu menyertai askar dan polis kerana kekerapan berita askar dan polis mati atau cedera parah diserang komunis.Melayu bacul ini lebih rela duduk kampong menoreh atau menganggur saja.Sekarang dah muncul keturunan Melayu bacul ni.Kini menentang anak Allahyarham Tun pula malah bersekongkol dengan perti politik yang disertai oleh komunis dulu.
    Ketika komunis wanita ditembak mati DAP mewakili komunis mengadap Baginda Ratu diLondon mengadu hal.Tapi disini aku tak nak cakap apa yang berlaku pada mayat komunis itu..
    Nasib la Dato' Najib....sabar banyak banyak.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Dua orang asli sesat telah memberi komen hahahaha... lawak tul komen ko. x habis2 psal liwat.. ko prnah kena liwat ker? fobia btul dgn anuar nie..

    ReplyDelete