Thursday, September 16, 2010

'Jamuan raya akan datang di kediaman MB Pahang' - Suhaimi

JENGKA: Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Md. Saad berkata Pakatan Rakyat (PR) mempunyai harapan yang cerah di Pahang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berikutan petunjuk sokongan golongan muda pada PRU lalu.

Ini membuktikan, gabungan tersebut boleh menguasai negeri ini pada masa akan datang sebagaimana.

“Saya bagi contoh di Kawasan lebih 90 peratus Melayu di Dun Jengka yang ditandingi Datuk Tuan Ibrahim ini, dalam PRU lalu daripada 13 saluran 3 dan 4, PAS menang 9. Ini membuktikan masa depan PR cerah di Pahang.

“Kemudian kita yakin undi orang-orang Cina dan India masih menyebelahi kita. Ini tidak dapat dibendung kerana perkembangan politik baru selepas PRU 12,” katanya ketika berucap di majlis Rumah Terbuka & Himpunan Anak-Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) di simpang Jengka 15 dekat sini, baru-baru ini.

Suhaimi dalam ucapannya juag turut berseloroh bahawa pada masa depan sambutan raya akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

“Tahun ini kita menyambut majlis dalam cuaca yang agak panas, insyaAllah pada masa akan datang sambutan majlis seperti ini kan diadakan dikediaman MB Pahang. Dengan syarat anak Jengka di Perantauan mendaftar sebagai pemilih di Jengka dan jangan hanya pulang pada hari raya, tetapi juga pada hari plihan raya,” katanya.

Pada PRU lepas Tuan Ibrahim hanya tewas 500 undi sedangkan anak Jengka yang berada di luar melebihi 2,000 dan sebahagian besarnya tidka pulang mengundi.


2 comments:

  1. Tak usah berangan laa....anak pahang patut selamatkan pahang dari PAKATAN RAPUH,DAPigs, Parti Ajaran Sesat dan ditambah lagi dgn org Parti Al Juburi spt Dato' Fauzi yg kita dah tahu belangnya! Habis pahang ni kalu dia jd MB!! LU ORANG PK SENDIRILAH!!!

    ReplyDelete
  2. Ha'ah... biarkanlah lagi Um,no-Apco meemrintah, biar byk lagi yg senasib dgn Soesilawati, biar byk lg yg kena bunuh mcm Ustazah kat PD tu, mcm Aminah@Altantuya tu kena bom. Biar byk lgi bayi yg kena buang!

    Kekalkanlah Tok Nan tu...
    Biar muflis Pahang ni... hutan balak licin... hutang melambak... negeri kena saman sampai RM2 bilion...

    Moleklah tu biarkan Umno-Apco merintah... boleh belasah duit Felda.... biar kenyang sawa-sawa dlm Umno-Apco!

    ReplyDelete