Tuesday, June 1, 2010

200 Sertai Pra-Demonstrasi Anti Israel

Dalam tempoh kurang 24 jam hebahan susulan peristiwa Zionis Israel kapal armada induk konvoi Lifeline 4 Gaza Mavi Marmara, PAS berjaya mengumpulkan kira-kira 200 orang peserta pra-demonstrasi dan serahan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Himpunan ini adalah pra-demonstrasi 1 Juta Rakyat Anti Israel yang dijadualkan akan diadakan pada hari jumaat ini 4 Jun 2010 yang akan bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Himpunan tersebut diketuai sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Ustaz Nasharuddin berjaya menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Setiausaha Politik Kedutaan Amerika Syarikat, Brian McFeeters di pintu masuk kedutaan.

Turut hadir adalah pimpinan-pimpinan PAS, YB Salehuddin Ayub, Naib Presiden PAS, YB Mahfuz (Naib Presiden), YB Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Syed Azman.

Selain itu, pimpinan pemuda PAS yang kelihatan ialah Ustaz Azman Shapawi (Timbalan Ketua), Sdra Kamaruzzaman Mohamad (Setiausaha), Ustaz Ridhuan Md Noor, UStaz Hasbullah Ridzuan (Ketua Pemuda Selangor) dan lain-lain.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut kelihatan ialah YB Tian Chua (PKR), Sdra Shamsul Iskandar Mat Akin (PKR), serta pimpinan NGO seperti Cikgu Azmi daripada TERAS.

Dalam himpunan tersebut, Pemuda PAS Gombak menghantar wakil sebanyak 15 orang yang diketuai sendiri oleh ketuanya, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim.



3 comments:

  1. JANGAN LUPA JEMPUT USTAZ ZUL NORDIN BERSAMA.

    ReplyDelete
  2. Hahaha....

    Zul Nordin masih berkira-kira dengan teori Firaun vesar dan Firaun kecik nya....

    hehe....

    ReplyDelete
  3. YG WAJIB HABAAK KAT DEPA SEBELUM PI DEMO PI SEMBAHYANG JUMAAT DULU JGN IKUT PUAK SEBELAH SANA PI DEMO TAPI TAK PI SEMBAHYANG JUMAAT ,DEPA BUAT SESUATU MENCARI REDHA MANUSIA KITA ORG PAS CARI REDHA ALLAH.

    ReplyDelete