Friday, June 4, 2010

3 didakwa beri keterangan palsu dalam kes rasuah Norza

TEMERLOH, 4 Jun : Tiga lagi saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes tersebut diMahkamah Sesyen Temerloh di sini.

Kontraktor, Mohammad Anuar Mohd Yunus, 43, guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55, dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Mohd Sabri Aziz, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagi perbicaraan Jalaluddin, Ida Rahayu menetapkan 24 dan 24 Nov manakala perbicaraan Mohammad Anuar dan Mohd Sabri akan berjalan serentak pada 29 dan 30 Nov nanti.

Mengikut pertuduhan, Jalaluddin dan Mohd Sabri didakwa memberikan keterangan palsu semasa perbicaraan kes rasuah berkenaan di Mahkamah Sesyen Temerloh yang berlangsung pada 13 Mei lepas manakala Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 12 Mei lepas.

Keterangan mereka itu didakwa tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada 20, 21 dan 23 Jan tahun lepas.

Kesemua kenyataan dan keterangan mereka itu telah direkodkan di pejabat SPRM Pahang Cawangan Temerloh.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Ida Rahayu membenarkan kelima-lima tertuduh itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rashidi Abdul Rahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Rosni Zahari.

Pada 14 Mei lepas, lima saksi kes berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah yang sama kerana didakwa melakukan kesalahan yang serupa.

Mereka terdiri Pengarah JASA Pahang, Datuk Yusof Jamaluddin, 53, dua ahli perniagaan, Nasaruddin Abdullah dan Datuk Khadri Musa, masing-masing berumur 47 tahun, pembantu penerangan JASA daerah Maran, Nor Azhar Abdul Latif, 48, dan pegawai Unit Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri, Shaiful Azman Mokhtar Affendi, 46.

~ Bernama




1 comment:

  1. LIHAT KETERANGAN SAKSI DLM KES:

    PP VS ROSLI DAHLAN
    Criminal session Court 10
    31st. May. 2010.

    TAJUK:THE MACC STRIPPED NAKE IN COURT.
    MALAYSIA TODAY

    ReplyDelete