Friday, June 4, 2010

PAS Bentong bakal miliki bangunan di tengah bandar

BENTONG: PAS Kawasan ini mengikut jejak PAS Kawasan-kawasan lain lain apabila bakal memiliki bangunan sendiri untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bentong, Usatz Abdul Hamid Bahatim berkata, hampir 10 tahun PAS menyewa sebuah rumah milik ahli PAS di pinggir bandar ini sebagai pusat operasi PAS Kawasan.

Menurutnya, kini sudah tiba masanya PAS Bentong memiliki bangunan sendiri, selaras dengan perkembangan dan tuntutan semasa bagi mempermudahkan pelbagai urusan parti dan dengan rakyat supaya lebih baik dan bersistematik.

“Sekarang kami sedang meneliti bangunan yang sesuai untuk dibeli disasarkan sekitar kawasan bandar Bentong. Diharapkan, usaha memiliki bangunan sendiri akan tercapai dan membantu perjalanan pengurusan menjadi lebih lancar,” katanya kepada media.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Ustaz Junaidi Ishak ketika dihubungi berkata, bangunan untuk dibeli itu sudah ditemui dan ia terletak dalam kawasan bandar ini.

“Bangunan bernilai sekitar RM200 ribu itu sudah kami perolehi dan hanya perlu mengambil sedikit masa untuk berurusan dengan pemilik.

“Sebenarnya PAS kawasan ini sudah lama mengumpul dana membeli bangunan, tapi baru ini jumpa. Lepas ini kita akan masuk ‘gear 5’ bagi melancarkan pengumpulan wang demi untuk merealisasikan cita-cita kita memiliki banguna sendiri di tengah-tengah bandar,” tegasnya.








No comments:

Post a Comment