Warkah dari PWTC (bukan Cordova) buat kekanda YB Mujahid
Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ke hadapan kekandaku yb datuk seri mujahid yang
dihormati. Moga sentiasa ceria dan sihat hendaknya.
Terima kasih atas warkah panjang lebar kekanda bertajuk
“piagam yang meragam” bertarikh 8 september 2019, yang mengupas mengenai piagam
yang bakal dimeterai oleh umno dan pas pada 14 september ini. Begitu teruja
adinda membacanya, bukan sangat mengenai isi kandungannya tetapi kesungguhan
kekanda menulis warkah sepanjang itu di tengah-tengah kesibukan kekanda sebagai
menteri agama. Seingat adinda ini kali kedua adinda membaca warkah panjang
daripada kekanda selepas kehangatan warkah dari cordova yang kekanda tulis buat
adinda nurul izzah satu ketika dulu!
Izinkan adinda menimbulkan 6 persoalan yang perlukan
jawapan tuntas daripada kekanda mengenai warkah kekanda tersebut:
1. Kekanda menyebut pada 14 september ini kita
menantikan survival pas dan umno kerana dua parti ini akan menandatangani
piagam yang akan menjelaskan kepada seluruh rakyat tentang hala tuju gabungan
ini. Jadi kekanda sebenarnya mengakulah yang sehingga hari ini piagam ini belum
wujud dan belum diketahui isi kandungannya. Cuba kekanda jelaskan bagaimana
kekanda boleh menyebut piagam ini “piagam yang meragam” sedangkan kekanda
sendiri belum tahu walau sedikit pun isi kandungannya?
2. Kekanda menyebut piagam umno-pas tidak bertujuan
untuk membela ummah ataupun membela islam tetapi hanya taktik politik yang
tidak dipandu dengan prinsip yang jelas tetapi untuk survival politik
semata-mata. Cuba kekanda jelaskan mengapa kekanda terlalu amat takut dengan
piagam ini sehingga awal-awal lagi kekanda sudah berani memfitnah bahawa piagam
ini tidak bertujuan untuk membela ummah ataupun membela islam sedangkan kekanda
sendiri belum tahu walau sedikit pun isi kandungannya?
3. Kekanda nampaknya bersungguh benar cuba
melaga-lagakan pas- umno dengan menimbulkan persoalan apakah umno sudah menarik
balik kenyataan pas adalah parti ajaran sesat sebelum berpiagam. Cuba kekanda
jelaskan siapakah yang menjadi juara menuduh pas sebagai parti ajaran sesat
ini, apakah ia presiden umno sekarang datuk seri ahmad zahid hamidi, ataukah
presiden bersatu sekarang, tan sri muhyiddin yassin, yang dilaporkan meluas
berkata begitu di lembah pantai pada 6 april 2013?
4. Kekanda nampaknya bersungguh benar cuba menimbulkan
keraguan umno ke atas pas dengan menyatakan harapan agar pas tidak tinggalkan
kawan sekerat jalan lagi kerana pas kononnya pernah menerokai 'tahaluf siyasi'
bersama pakatan rakyat 'sekerat jalan'. Cuba kekanda ingati betul-betul
siapakah yang sebenarnya tinggalkan kawan sekerat jalan bersama pakatan rakyat,
tidakkah setiausaha agung dap, lim guan eng, yang pertama sekali mengumumkan
pakatan rakyat sudah mati pada 15 jun 2015?
5. Kekanda menyebut piagam umno-pas bagi menunjukkan
bahawa parti yang mendominasi piagam umno-pas ialah umno dan kekanda menyebut
dap-pkr-amanah diikuti oleh bersatu kemudiannya membentuk pakatan harapan (ph).
Jadi kekanda mengakulah bahawa parti yang mendominasi ph ialah dap? Cuba
kekanda jelaskan bagaimana ph yang didominasi oleh parti sekular tegar seperti
dap boleh diharap untuk menjaga kepentingan melayu islam?
6. Kekanda menyebut ph menang kerana hasrat memerangi
rasuah, mereformasikan secara keinstitusian bidang parlimen, perundangan dan
kehakiman serta kebebasan bersuara dan media. Jadi kekanda mengakulah yang
hasrat menjaga kepentingan melayu islam bukan punca ph menang. Cuba kekanda
jelaskan bagaimana ph yang tidak menang atas hasrat menjaga kepentingan melayu
islam boleh diharap untuk menjaga kepentingan melayu islam?
Cukuplah adinda meninggalkan 6 persoalan ini untuk
dijawab oleh kekanda. Moga-moga kekanda akan lebih tenang selepas 14 september
ini.
Ikhlas,
Dr. Asyraf wajdi dusuki
Ketua pergerakan pemuda umno malaysia
No comments:
Post a Comment