Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak pihak berkuasa menyiasat hingga ke lubang cacing mereka yang mendalangi projek penjualan MyKad kepada warganegara asing.
PAS mahu pesalah tersebut dikenakan hukuman mati. Tindakan menipu dan menjual MyKad adalah perbuatan khianat dan cubaan untuk mensabotaj kedaulatan negara.
PAS percaya penipuan dan penjualan MyKad yang terbongkar mutakhir ini hanyalah ‘tip of the iceberg’ (baru sebahagian kecil yang terbongkar) Tidak mustahil, projek MyKad ini turut membabitkan penjualan hartanah, aktiviti ekonomi gelap, sistem keselamatan negara dan kepentingan politik. Sekiranya ramai warganegara asing seperti dari China dan Hong Kong, di manakah penempatan mereka? Apakah pekerjaan dan tujuan mereka datang ke sini?
Pada masa yang sama, PAS juga bimbang dengan ratusan ribu permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun ini. Adakah proses tapisan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berjalan dengan telus? Mengapa tangkapan yang telah dibuat mendapati mereka tidak tahu berbahasa Melayu?
Dalang penipuan dan penjualan MyKad sangat jahat. Aktiviti ini pasti dikendalikan oleh komplot yang besar dan terancang. Kedaulatan negara dalam bahaya dan akan tergadai disebabkan oleh aktiviti mereka.
Penulis ialah
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
No comments:
Post a Comment