MARAN: Seramai 200 peserta menyertai ‘Program mendaki Bukit
Kertau bersama YB kali kedua’ anjuran Pusat Khidmat ADUN Chenor Sabtu lalu.
Para peserta yang dilepaskan bermula jam 10 pagi mengambil
masa hampir satu jam untuk menghabiskan pendakian dan tiba di puncak setinggi setinggi
853 kaki atau 266 meter itu.
Bukit Kertau terletak di seberang Sungai Pahang dari
Chenor. Istimewanya destinasi tersebut ia merupakan titik pemetaan asal
Semenanjung di mana titik kosongnya diukur bermula dari sini.
Dalam ucapannya ADUN Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak
berkata antara tujuan utama program tahunan ini adalah untuk mempromosi Bukit
Kertau sebagai destinasi perlancongan dan riadah.
“Kami tawarkan satu destinasi produk pelancongan
tempatan dari Chenor bagi yang meminati pelancongan sihat, aktiviti lasak dan
alam semula jadi di sini.
“Ini sebab kita melihat aktiviti beriadah seperti ini mulai
menjadi trend sekarang ini. Bahkan pada penghujung minggu ada pelancong dari
luar Pahang juga berkunjung ke sini,“ jelasnya.
Ustaz Mujib memberitahu, program kali ini terbuka dan
percuma sahaja dan peserta disediakan dengan cabutan bertuah dan jamuan makan.
“Insyaallah di masa-masa akan datang kita akan cuba
mendapatkan penaja-penaja atau agensi pelancongan bagi sumbangan hadiah dan
sebagainya,” katanya.
No comments:
Post a Comment