Oleh MOHD NASIR ABDULLAH
Kita kata kempen UTAMAKAN beli barangan keluaran
muslim, dia faham itu adalah kempen boikot produk non muslim
Kita kata Islam benarkan lelaki KAHWIN sehingga empat,
jika mampu, dia faham nikah ramai itu adalah gila seks, tapi kes rogol dengan
amang seksual macam OK jer
Kita katakan Zakir Naik bezakan kitab mana yang paling
benar dan mana yang salah dalam ceramah perbezaan agama, dia faham Zakir Naik
hina agama lain
Kita katakan semua pejuang kemerdekaan ialah orang yang
berjuang bagi membebaskan negara ini, meneruskan keharmonian selepas itu dan
mengekalkan kesejahteraan negara dan rakyat, dia faham komunis yang bunuh
rakyat secara membabi buta itu juga sebagai pejuang
Kita katakan orang Islam mesti diangkat jadi pemimpin,
dan wajib patuh sebab dia bersyahadah, dia faham bukan Islam yang amanah itu
lebih baik dari mukmin yang korup, konon nak maju, walaupun agama digadai
Kita kata DAP
adalah musuh Islam kerana banyak perbuatannya selalu menentang Islam,
dia faham DAP itu tuannya, tak boleh lawan
Kita kata sepatutnya, orang Islam melindungi orang
Islam, dia faham kena lindungi orang kafir dahulu, sebab kafir itu baik dan
pemimpin negara
Kita kata taawun dalam kesatuan ummah ialah bagi
melindungi kepentingan Melayu dan Islam, dia faham kesatuan itu mahu membunuh
bukan Islam dan Melayu secara keseluruhannya
Kita kata pasang bendera terbalik itu simbol
penghinaan, dia faham kata undang-undang tak kata salah, tapi kemudian minta
maaf, dah tak salah, buat apa minta maaf
Kita kata kalau tolong sesama Islam, kita akan dapat
pahala kerana Islam itu bersaudara, dia faham orang kafir dalam pakatan dia pun
macam saudara dia juga, kena tolong dulu
Kita kata ulamak mesti melaksanakan tuntutan ilmu
melalui fatwa dan amali bagi menguatkan Islam, dia faham ulamak dia mesti jadi
terompah kayu yang bising untuk dibawa ke jamban oleh golongan musuh Allah
Kita kata kalau nak tolong beli produk muslim, buatlah
sekadar termampu, kalau tiada kedai atau barangan muslim, cari barang bukan
muslim di kedai muslim, kalau tiada juga, cari barang muslim di kedai bukan
muslim, dia faham, kalau tak boleh buat semua, kira gagal, kena tinggal semua
kempen tu
Kita kata kalau ada suara kerajaan memberi kata dua
supaya menghentikan kempen yang sah dari segi undang-undang ini, dengan
berbagai cara, atau tindakan akan diambil, kita anggap ia sebagai ugutan yang
salah, dia faham itu bukan ugutan, tetapi nasihat dari kerajaan
Kita kata duit RM yang ditulis WANG INI SAH
DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI membuktikan yang kita boleh membeli menggunakan wang
itu di mana-mana sahaja kedai di Malaysia, ikut suka kita siapapun peniaganya,
dia faham tak sah RM itu kalau hanya beli dengan peniaga muslim dan wajib beli
dengan peniaga bukan Islam
Kita masih ingat kisah seekor burung kecil dizaman nabi
Ibrahim yang berulang alik terbang membawa air di hujung paruhnya untuk cuba
memadamkan api yang dinyalakan Namrud? Bila ditanya kenapa bersusah payah,
burung itu menjawab dia hanya mahu menjawab di hadapan Allah jika ditanya,
apakah yang dia lakukan ketika melihat nabi Ibrahim dibakar Namrud.
Itulah ibaratnya. Kita buat apa yang mampu. Kita faham
ini, sangat jelas sebab kita berada di pihak Nabi Ibrahim. Tapi mereka agak
sukar nak faham kerana mereka berada di sebelah kaum Namrud. Apa nak buat,
mereka yang pilih untuk berada di situ.
Hai tuan, ini dah main kasar, libatkan isu aqidah...Ya
betul kita bagi perumpamaan begitu sebab buktinya, bila rasulullah kena hina,
tidaklah begini kesungguhan mereka menyalak, sehari senyap, dua hari diam, tiga
hari kunci mulut, seminggupun bunyi tak bunyi. Bila kes kempen dahulukan beli
barangan muslim, tak sampai sehari, bangun tegap menyalak. Siap mengugut lagi
bagi pihak kafir. Rasulullah itu lambang aqidah Islam, siapa lebih mulia
daripada baginda? Bagi yang tak sensitif dengan penghinaan terhadap rasulullah,
faham-faham sajalah.
Bukit Payong, Marang
No comments:
Post a Comment