Wednesday, June 13, 2012

Undi PAS wajib – Ustaz Azhar Idrus

TEMERLOH: Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus semalam secara terus terang menyatakan mengundi PAS adalah wajib bagi umat Islam kerana parti itu mahu melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana dikehendaki oleh Allah.

Menjawap satu soalan dalam kuliah Maghribnya di Markas Darul Ansar Chempaka Lanchang semalam, beliau membandingkan memilih parti Islam samalah memilih kumpulan yang mahu melakukan dan begitulah sebaliknya.

“Satu kumpulan nak buat pondok pengajian Islam manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana? Sebagai seorang muslim tentulah kita sokong orang yang nak kembangkan agama.

“Begitu jugalah dengan politik dan pilihan raya... kita pilihlah parti yang mahu menegakkan Islam iaitu amar makruf nahi mungkar dan haram hukumnya sokong orang nak buat tempat judi atas luluskan lesen arak.

“Sebab itu dalam hal memilih pemerintah Islam ini tidak ada istilah pengundi atas pagar sebab akhirnya melibatkan hukum Islam yang kita kena buat keputusan menyokong Islam atau menolak Islam,” katanya menjawap soalan bertulis daripada ‘atas pagar’.

Azhar yang dikatakan menjadi idola sangat popular generasi muda masa kini, berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 pendengar kuliahnya yang pertama kali diadakan di sini.

Dalam kuliahnya sebelum itu beliau berceramah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh baginda Nabi Muhammad pada malam 27 Rajab.

Turut disebutkan mengenai Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama umat Islam, di mana wajib umat Islam membebaskannya daripada penjajahan Yahudi dan begitu juga Palestin Palestin.

Tambahnya, sebagai umat Islam kita kena rasa serangan kafir ke atas wilayah-wilayah umat Islam seperti Afghanistan atau Palestin, kita kena rasakan seperti negara sendiri yang diserang oleh orang kafir.

Mengenai soalan fenomena artis-artis sudah mulai menyertai perjuangan Islam sekarang, Azhar berkata mereka mempunyai peminat-peminat yang tersendiri jadi jika dapat difahamkan kelompok itu dengan Islam, maka kerja-kerja dakwah Islam menjadi lebih mudah berkembang.

“Kita kena ingat kerja-kerja dakwah bukan hanya patut dilakukan oleh golongan ustaz dan lebai sahaja, malahan setiap individu. Jadi jika para artis sudah mendekatkan diri dengan Islam dan bercakap tentang Islam, orang akan datang dengan ramai kerana mereka mempunyai peminat,” jelasnya.

Pada masa ini sudah ramai artis yang memilih PAS dan berceramah seperti Bob Lokman, Akhil Hayy, Sham Kamikaze, Aishah, Abby Abadi dan lain-lain.

Sementara itu, Azhar turut diberi penghormatan melancarkan Perkampungan Muhajirin, iaitu satu projek yang diusahakan oleh PAS Dun Lanchang.


Ribuan peminat Ustaz Azhar Idrus membanjiri kuliah beliau di Chempaka Lanchang




No comments:

Post a Comment