Setelah beberapa tahun kedua-duanya dibayangi oleh orang ketiga, akhirnya bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek,48, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman,53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang ini.
Menurut laporan mStar, lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang.
Antara alasan perceraian mereka ialah tidak lagi wujud kasih sayang selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.
Pasangan tersebut turut ditemani anak kedua mereka iaitu Puteri Suaida, 23.
Raja Azmi pernah dikaitkan dengan bekas pemain badminton negara Roslin Hashim. Manakala Jailani yang pernah menjadi jutawan setelah memenangi Piala Thomas pada tahun 1992,dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang janda usahawan wanita Datin Zaleha Mohd Khalid.
Rumah tangga mereka beberapa kali mendapat perhatian media apabila dikatakan berantakan terutama semasa perbicaraan kes Roslin dengan isterinya yang dikahwini hanya 12 hari dan bercerai sekali lagi dengan isteri kedua.
No comments:
Post a Comment