Penanam-penanam padi di Pahang Tua, Langgar dan sekitarnya itu memberitahu mereka kecewa kerana sikap tidak peduli dan janji palsu syarikat kerajaan yang gagal menghantar jentuai sehingga terpaksa menghadapi kerugian.
Menurut salah seorang daripada mereka yang menghubungi Pahang Selamat, pihak Pasfa atau Pertubuhan Peladang Negeri Pahang sepatutnya menghantar mesin tersebut atau membaiki kerosakan sejak awal Jun lalu tetapi gagal berbuat demikian walau pun lebih dua minggu sudah berlalu. Akibatnya petani terbabit terpaksa menanggung kerugian.
Serentak dengan itu mereka kesal kerana tiada pembelaan kepada mereka yang hanya bergantung sumber pendapatan walaupun berada di parlimen seorang Perdana Menteri.
“Pihak Umno dan kerajaan tiada yang dapat membantu masalah kami. Ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. PM urus negeri lain, kami yang undi dia terabai,” keluhnya.
Beberapa kampung tradisional di daerah Pekan pernah diisytiharkan sebagai mangkuk nasi negeri Pahang kerana mengekalkan tradisi menanam padi secara kemersil. Namun kata mereka, kerajaan dan Najib terlalu kurang mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi walaupun aduan dan memorandum sudah dihantar.
No comments:
Post a Comment