Friday, June 15, 2012

Haramjadah Najib di Pahangfm

Ruang pertanyaan rancangan Gema Jumaat Radio Malaysia Pahang atau Pahangfm pagi ini, gempar apabila seorang pendengar menelefon bertanyakan ustaz tentang hukum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggelarkan rakyat sebagai ‘haramjadah’.

Rancangan mingguan Gema Jumaat di Pahangfm itu biasanya dikendalikan oleh deejay Adnan Majid, tetapi hari ini digantikan oleh deejay Wan Azizah Sulaiman. Sementara penceramah jemputan pula ialah Ustaz Ramli Hasan.

Saya pula tidak pasti apakah tajuk yang dibicarakan ustaz pagi ini, kerana mendengarnya sudah di pertengahan. Itupun hanya terdengar radio dalam kereta yang sentiasa terbuka ketika memandu.

Pada waktu ruang pertanyaan dibuka, seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsul mengatakan: “Ustaz, apa hukumnya seorang pemimpin memanggil rakyatnya sebagai haramjadah...”. Kemudian deejay segera memutuskan talian dan mengucapkan terima kasih sambil ketawa kecil.

Ustaz Ramli kurang lebih menjawap begini: “Tak kiralah sama ada pemimpin atau rakyat, tidak boleh bercakap terlalu sombong, tidak boleh terlalu bongkak kerana apabila sampai masa Allah akan membalasnya. Tengok Hosni Mubarak dari Mesir, dulu begitulah berkuasa tetapi akhirnya setelah hilang kuasa, apa yang terjadi kepadanya?”

Isu haramjadah ini timbul apabila pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan ‘durian runtuh’ di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.

Najib mengungkapkan perkataan haramjadah itu dengan diulang-ulangnya tiga kali di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen.

Menurut kamus dewan, perkataan haramjadah bermaksud anak haram atau anak luar nikah. Biasanya digunakan apabila mengutuk atau menghentam seseorang.

Nampaknya isu haramjadah yang keluar daripada mulut Najib itu tidak akan habis begitu saja. Rupa-rupanya bukan semua rakyat (melainkan Umno) yang sukakan pimpinan mereka bersikap biadab!


2 comments:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?

    WAJARKAH GELARAN DATUK DIGUGUR?

    Justeru itu adalah amat wajar gelaran datuk yang disandang oleh Yip Kum Fook digugurkan atau patus ditarik balik. Perbuatan Yip Kum Fook (MCA Gombak) merupakan satu penghinaan keatas gelaran datuk! .

    Amat memalukan seorang yang bergelar datuk membuat kerja kotor sebegini!!. Ia satu kesalahan jenayah (sombong, tipu, fitnah dan kalau isteri orang). Mana mungkin seorang bergelar datuk terlibat dengan jenayah!! Rakyat Buddhisme supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan politik kotor dalam Kuil Buddha untuk mengaibkan individu tertentu. "Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan".

    "Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. "Buddhisme melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya (Five precepts) hendaklah ditutup semampu mungkin. "Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,"

    ReplyDelete
  2. VEN. ASHIN INDAKA MINTA BAYAR RM400 SETIAP ORANG YANG MAHU MENJADI SAMI
    Bagaimana Gautama Buddha mencapai Pencerahan (Nirvana)?
    Ven. Dr Ashin Indaka dari Myanmar minta bayar RM400 setiap orang yang mahu menjadi Sami di SAMNAK SAMBODHI TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA. Sesiapa yang pergi sana, maha berhati-hati ... Ini menjadi Buddhism memalukan ... Buddha tak pernah meminta wang daripada murid-murid nya. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga yang tinggi itu.

    Kami ingin memaklumkan kepada semua jawatankuasa SAMNAK SAMBODHI BUDDHA TOKONG, No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat begitu banyak Myanmar dikutuk tentang apabila sesiapa mahu menjadi sami, yang ketua sami (Ven. Ashin Indaka) meminta mereka untuk membayar kira-kira RM400.00 seorang.

    Ini adalah salah satu menghancurkan rasa malu dan eksploitasi kerana mungkin harga yang tinggi untuk orang Myanmar, juga ini adalah salah satu jenis sistem perniagaan dalam Agama Buddha, semua mesti berfikir dengan betul, Buddha keluar menjadi seorang rahib dengan percuma dan dia diamalkan untuk mencapai Pencerahan tanpa peratus sebarang sen dolar untuk berbelanja-nya, kadang-kadang diperlukan untuk dirujuk dari zaman Buddha.

    Kuil Buddha di Malaysia, 100% disokong oleh orang ramai. Jawatankuasa Kuil, mereka bekerja sebagai sukarela dan menjaga Kaabah dengan teratur tetapi dalam Kaabah tidak dibenarkan untuk bermain politik kerana di dalam Kuil mestilah bersih dan dialu-alukan semua orang.

    Sekarang, buat buruk dan baik mesti berhati-hati kerana semua aduan yang besar di Internet, kira-kira Buddha mengajar banyak di Internet, kadang-kadang kita tidak boleh berdusta kepada satu yang lain. Kita mesti membantu Myanmar rakyat kerana mereka datang ke Malaysia untuk bekerja, mendapatkan wang dan menyimpan wang untuk keluarga mereka.

    Kami Malaysia Agama Buddha mesti membantu Myanmar Buddha, tidak ditipu mereka, kerana mereka datang ke negara kita untuk bekerja, kita mesti menunjukkan kualiti yang baik dan Buddhisme yang terbaik. Tidak seperti beberapa jawatankuasa ahli menipu duit atau curi duit Sami Myanmar; ini adalah sangat buruk Buddhisme Malaysia.

    Harap YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) menyedari dirinya, kini orang ramai yang tahu apa yang dia dilakukan untuk Buddhisme, Kamma akan menyerang untuk semua orang, jika mereka berbuat buruk atau baik.
    HADAPAN OLEH PANCHAN-KYAIK

    Dilahirkan di Lumbini, Nepal, Siddhartha telah ditakdirkan untuk hidup mewah sebagai seorang putera, mempunyai tiga istana terutama yang dibina untuknya. Siddhartha melarikan diri istana, disertai oleh Channa Kanthaka kudanya, meninggalkan kehidupan ini diraja untuk menjadi orang miskin. Duduk di bawah pokok beringin, yang kini dikenali sebagai pokok Bodhi di Bodh Gaya (Bihar, India), dia tidak pernah berikrar untuk timbul sehingga dia telah menemui kebenaran. Selepas bertapa 49 hari, pada usia 35 tahun, dia mencapai Pencerahan (Nirvana). Gautama, selepas itu, dikenali sebagai Buddha atau "Satu dikejutkan." Buddha juga kadang-kadang diterjemahkan sebagai "Satu Bersinar." Selalunya, dia disebut dalam Buddhisme sebagai Shakyamuni Buddha atau "Satu dikejutkan suku Shakya."
    Translated Mr Yee, Taman Ehsan, kepong….




    ReplyDelete