Monday, June 11, 2012

Gambar yang orang Bera kena tengok dan nilai

Pada satu ketika dulu, Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria menghukumkan “syirik” apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tampil ke kuil Hindu merayakan Thaipusam sambil mengaksikan gaya penganut agama itu.

Bagaimanapun mufti itu menarik balik hukum yang dikeluarkan itu setelah ditemui Najib, yang datang ke Perak.

Gambar di atas pula ialah seorang menteri Umno iaitu Ahli Parlimen Bera Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang disebarkan bermula daripada laman Ameno World dan mendapat tumpuan paling ramai ketika ini terutama di facebook.

Apa cerita di sebaliknya? Apa yang dilakukannya? Tidak tahukah beliau mana yang boleh mana yang tidak?

Bagaimanapun kita tidak berhak menghukum, biarlah Mail Sabri sendiri tampil memberi penjelasan supaya pengundi Melayu Islam di Kawasannya tidak merasa senak dan sebu di hati perut melihat pemimpin yang mereka sanjung dan undi selama ini!


No comments:

Post a Comment