TEMERLOH: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Kerajaan Negeri Pahang Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64, SIMP., DSAP., DIMP., AMP., ANS., PJK. meninggal dunia sekitar jam 8.55 pagi tadi setelah dilaporkan kritikal dan berada Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh sejak 8 Jun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor itu dimasukkan ke Hoshas setelah mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah dikatakan akibat tersalah makan.
Pada hari tersebut juga Allahyarham ditempatkan di wad ICU hospital tersebut setelah mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.
Ketua Umno Bahagian Maran yang terkenal dengan panggilan Dato’ Tan, beliau mulai dipilih sebagai Adun Chenor pada pilihan raya umum 1990 setelah menggantikan tempat Allahyarham Datuk Mahmud Mat.
Sebelum itu beliau merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob.
Beliau juga pernah diangkat sebagai Timbalan kepada Menteri Besar Pahang, tetapi tidak dilantik semula oleh Datuk Sri Adnan Yaakob selepas PRU 2008.
Dato’ Tan Exco kanan Kerajaan Negeri Pahang berusia 64 tahun itu meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Dengan meninggalnya Dato’ Tan, tempatnya di Dun Chenor dijangka akan digantikan oleh Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib pada PRU akan datang.
GAMBAR:
Tuan Ibrahim dan Shahril Azman turut hadir untuk solat jenazah
No comments:
Post a Comment