Saturday, June 30, 2012

Siapakah bekas tokoh besar kerajaan yang akan sertai PAS?

Segala-galanya akan terjawap malam besok, apabila beberapa tokoh akan mengisytiharkan masuk PAS Pahang malam esok sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Pahang di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau Temerloh.

Jika ingin mengetahuinya, sila hadir.

Besok jam 12 tengahari ada dialog isu-isu tanah melibatkan panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, peguam Harris Abdullah dan Syed Ali Badaruddin Al-Habshee.

Program petang bermula jam 3 petang dengan Talk Show anjuran Dewan Muslimat yang menampilkan selebriti penyanyi terkenal Aishah bersama Setiausaha Majlis Syura PAS Ustaz Nik Zawawi Saleh.

Kemudian diikuti majlis santai anjuran Dewan Pemuda yang menampilkan penyanyi Pak Long dan kumpulan UNIC.

Pada waktu yang sama 100 kumpulan bermotosikal Pemuda ARC akan berkonvoi dari Taman Kubang Gajah ke tapak program.

Selepas itu akan disempurnakan Solat Maghrib, Solat Hajat, tahlil perdana dan munajat di dataran tersebut sebagai medan mendekatkan diri dengan Allah dengan rayuan, bermunajat dan memohon kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13. Dipimpin oleh Dewan Ulamak PAS Pahang.

Akan dilancarkan grup fecebook Sahabat PAS Pahang melalui multi-media.

Ceramah pada sebelah malam akan berlaku satu kejutan dengan perisytiharan tokoh tertentu yang akan menyertai PAS Pahang serta ikrar perjuangan sebagai satu perisytiharan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sudah bersedia menggalas cabaran menggantikan Umno dan BN di negeri ini.

Ceramah dimulakan dengan ucapan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Aishah, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Dato’ Fauzi Shaari, ucapan Pesuruhjaya PAS Pahang. Manakala Tuan Guru Presiden Dato’ Seri Abdul hadi Awang akan menyampaikan amanat di kemuncak acara.

Dijangkaka 10,000 ribu ahli dan penyokong PAS akan hadir.

Perhimpunan ini menjadi syiar kebangkitan rakyat Pahang bersama PAS di samping menyemarakkan lagi semangat dan daya juang ahli-ahlinya sebagai titik tolak merealisasikan hasrat menuju ke Wisma Sri Pahang.


No comments:

Post a Comment