Wednesday, November 20, 2019

PAS Pahang belum berhasrat terima jawatan Exco

KUANTAN: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pahang tidak bersedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk dilantik sebagai barisan Exco sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Adun Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, bagaimanapun selepas PRU15 ia bergantung kepada kepentingan pada ketika itu menerusi kerjasama politik yang dijalinkan antara PAS dan Umno.


"Kami tidak akan buat sebarang keputusan sehingga selepas PRU akan datang..semuanya berada bawah ilmu ALLAH dan mengikut kepentingan semasa pada ketika itu.

"Muakafat Nasional bukan hanya membabitkan politik tetapi ia juga merupakan kerjasama pentadbiran kerana prinsip yang dibina atas alasan tegur-menegur, bantu-membantu, dan tolong-menolong dalam ketakwaan kepada ALLAH," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

Sebelum itu, Adun Ketari, Young Syefura Othman dari Dap, mencabar kerajaan Pahang yang dikuasai BN agar merombak barisan Exco dengan membariskan Adun-Adun dari PAS sebagai Exco baharu.

Cabaran itu dibuat bersama 8 lagi Adun dari PH, berikutan perubahan tempat duduk blok pembangkang dalam dewan, kini mereka (Adun-Adun PH) ditempatkan di barisan belakang selepas kerusi 8 Adun PAS.

Mengulas lanjut mengenai perubahan itu, Rosli berkata, mereka (Adun-Adun PAS) tidak pernah meminta perubahan kedudukan kerusi itu.

Bagaimanapun jelasnya, perubahan tersebut tertakluk di bawah kuasa Yang Dipertua Dewan.

"Saya boleh duduk di belakang.. tapi Young Syefura boleh duduk di hadapan itu kena terima pelawaan masuk Umno dulu..baru boleh jadi Exco," katanya.

Persidangan kali ini dijangka berlangsung selama lima hari. Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2020 disempunakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

No comments:

Post a Comment