Tuesday, November 12, 2019

PRK Tanjung Piai: Pengundi Cina tolak DAP

Oleh: MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI .

 hari penamaan calon di PRK Tanjung Piai, ramai yang berpendapat bahawa PH akan kembali memenangi semula kerusi Parlimen tersebut berdasarkan sentiment PRU14 yang lalu terutamanya gelombang pengundi bukan Melayu secara spesifiknya kaum cina. Dengan PH hanya memiliki kelebihan 524 undi ketika PRU14 yang lalu, senario yang berlaku Tanjung Piai sekarang menampakkan tanda – tanda bahawa PH bakal kalah PRK kali ini.



Jelasnya minggu lalu menunjukkan program – program PH mendapat sambutan dingin di Tanjung Piai. Program – program BN terutamanya bersama calon BN Datuk Seri Wee Jeck Seng rata –rata dipenuhi oleh penduduk Tanjung Piai terutamanya kaum Cina. Ini mengejutkan banyak pihak kerana ramai yang berpendapat kaum cina akan berterusan memberikan undi kepada PH kerana peralihan sokongan kaum Cina daripada MCA kepada DAP yang menjangkau 85% dari keseluruhan undi kaum Cina pada PRU lalu.

Dengan sokongan dan undi dari kaum Cina yang dijangka menjadi penentu PRK kali ini, kegusaran di pihak PH terutamanya DAP jelas kelihatan kali ini. DAP dilihat memperhebatkan serangan terhadap PAS dan UMNO terutamanya Muafakat Nasional yang digambarkan akan menjadi ancaman kepada orang bukan Melayu. Ternyata serangan oleh DAP terhadap Muafakat Nasional gagal dan tidak memberi kesan kepada PAS, UMNO mahupun calon BN.

Namun yang menjadi persoalan, mengapa secara jelas di Tanjung Piai kaum Cina berpaling arah kepada MCA dengan menyatakan sokongan terang – terangan kepada BN dan setiap kali program PH terutamanya DAP, kehadiran dan sokongan kaum Cina hambar dan begitu mengecewakan. Apakah benar keadaan di kalangan rakyat terutamanya kaum Cina telah berubah dan berpaling arah kepada BN  serta mula menerima Muafakat Nasional ?

Saya berpendapat kaum Cina berkemungkinan mula sedar sokongan kepada DAP tidak memberikan faedah kepada mereka terutamanya untuk jangka panjang. Kaum Cina yang rata – rata berpegang kepada janji manifesto PH sudah merasakan mereka tertipu. DAP yang sebelum ini dianggap pembela kaum Cina sudah mula tidak dipercayai kerana terpalit dengan pelbagai skandal. Retorik DAP yang seolah – olah memusuhi orang Melayu Islam seperti menyusahkan kaum Cina yang rata – ratanya terbabit dalam perniagaan seperti kempen BMF yang menjejaskan perniagaan mereka.

Dengan prospek semasa ekonomi yang hambar apatah lagi ditadbir oleh pemimpin kanan DAP sebagai Menteri Kewangan, berkemungkinan besar faktor ekonomi memainkan peranan besar yang mengalihkan sokongan kaum Cina kepada BN kerana rata – rata kaum Cina yang terbabit dalam perniagaan melihat keadaan ekonomi dahulu lebih baik dan menguntungkan mereka.

Ditambah dengan sentimen politik semasa yang menggusarkan kaum Cina, beralih kepada BN dilihat lebih memanfaatkan mereka dan dilihat mampu mengurangkan sentimen BMF mahupun kehangatan perdebatan kaum dan agama yang dilihat tidak memberikan manfaat kepada mereka.

Benar calon pilihnaraya PH kali ini adalah daripada Bersatu namun jika kalah di PRK kali ini, DAP sebenarnya yang harus dipersalahkan kerana DAP kini telah menjadi beban kepada PH terutamanya kepada Bersatu untuk PRK kali ini. Undi di kalangan orang Melayu Islam dijangka tidak banyak berubah, begitu juga kaum India namun ramai penganalisa melihat undi kaum Cina memainkan peranan penting kali ini.

Kekalahan yang dijangka kepada calon PH kali ini bukan kerana kelemahan Bersatu tetapi kerana DAP yang dilihat sebagai ancaman oleh orang Melayu Islam dan juga beban oleh kaum Cina. Kekalahan PH bermakna penolakan jelas rakyat terutamanya kaum Cina

Tolak DAP, Aman dan Makmur Negara.

Penulis ialah, 
AJK PAS Pusat.
ADUN Batu Burok.

No comments:

Post a Comment