Thursday, November 21, 2019

Hari ketiga perbahasan Belanjawan 2020 Dun Pahang

Lima orang Adun PAS Pahang bangun berucap pada hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2020.

Dalam sidang media harian yang dipengerusikan oleh Adun Beserah Andansura Rabu, antara yang dibangkitkan ialah isu tulisan jawi, kedua tentang belia yang juga ketengahkan beberapa cadangan serta tentang sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri juga dibangkitkan dan sebelah petangnya berkaitan dengan perumahan rakyat.


Adun Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud yang membangkitkan berkenaan tulisan jawi merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana menurut titah Yang DiPertuan Agong agar diperluaskan ke seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Pahang yang semakin rancak dilaksanakan.

Cuma terdapat ada pihak salah faham mengenainya. Sebenarnya tulisan jawi bukan beerti satu paksaan kepada non-muslim agar memeluk Islam. Sedangkan ianya hanya satu seni budaya warisan Melayu dan tidak menjadikan seseorang itu Islam kerana tulisan jawi.

Bahkan ada pakar dalam penulisan khat dan tulisan jawi di kalangan bukan Melayu. Dalam masa yang sama kita tidak pernah menghalang tulisan kaligrafi Cina yang dipaparkan khususnya di Kampung-kampung Baru dan restoran Cina. Namun bagi pejabat-pejabat kerajaan, gedung-gedung besar eloklah digunakan tulisan jawi. Harapan kita harap tulisan jawi ini tidak dipolemik dan dipolitikkan oleh mereka yang cuba menimbulkan tanggapan yang salah

Ustaz Zuridan juga menggesa kerajaan mempermudahkan urusan pendaftaran sekolah-sekolah tahfiz. Kerana sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah pondok ini memberi sumbangan besar kepada modal insan.

Juga memohon dapatan daripada kajian atau survey oleh Jabatan Agama Islam berkaitan pandangan orang ramai mengenai cuti hari Jumaat untuk melihat arah kecenderungan ramai, yang dirasakan sudah disempurnakan kajiannya.

Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin pula bangun yang bangun berbahas, telah menyebutkan beberapa perkara melibatkan kepentingan golongan belia. Pertama memperkasakan golongan belia sebagai aset kepimpinan belia pada masa akan datang, dengan saranan agar kerajaan negeri mewujudkan sidang Dun belia.

Hal ini telah ada di peringkat parlimen. Untuk itu sidang Dun belia boleh dirujuk kerajaan negeri Kelantan di mana dalam tempoh setahun ini telah tiga kali bersidang. Hasil daripada penghujahan wakil-wakil, telah diangkat kepada kerajaan negeri. Maka diharapkan di peringkat negeri Pahang perkara yang sama dilakukan bagi mendapatkan idea-idea dan pandangan   baharu untuk mengurus dan mentadbir  perkara-perkara berkaitan isu belia.

Yang kedua, beliau menyambut baik projek rumah makmur yang telah dibina kerajaan negeri Pahang bagi belia. Namun masih ada lagi belia-belia kita tidak mampu untuk menyediakan wang deposit bahkan kelayakan membuat pinjaman bank. Maka beliau cadangkan boleh pertimbangkan Rumah Makmur ini boleh buat sistem sewa beli.

Selanjutnya Ustaz Zakhwan mencadang diwujudkan kebitaraan sukan di setiap daerah. Kita sudah ada kebitaraan makanan di mana jika di Rompin terkenal dengan udang galah, Raub Musang King, Temerloh masakan ikan patin. Kini perlu juga ada kebitaraan sukan. Umpamanya di Rompin, terkenal dengan sukan angkat berat. Ini perlu diperluaskan di peringkat daerah untuk peringkat belia.

Zakhwan juga membangkitkan berkaitan Dun masalah setempat di Dunnya isu gajah liar    yang merosakkan tanaman-tanaman yang diusahakan oleh penduduk. Harap satu mekanisme yang lebih baik difikirkan oleh kerajaan agar tidak berulang kerana musibah ini menyebabkan rakyat tidak senang duduk, tak lena tidur oleh kerana gangguan gajah liar ini.

Juga disentuh masalah penjualan arak yang diberi keizinan di  Taman Negara sedangkan 90 peratus penduduk  di sana di kalangan orang Islam. Penjualan arak ini begitu berleluasa sehingga ada mini market sebaris dengan masjid dan berhampiran dengan sekolah dibenarkan menjual arak. Apa yang kita bimbangkan ialah kesan kepada anak-anak muda. Kerajaan perlu mengambil pendekatan untuk mencegah dengan mengkaji semula pemberian lesen kepada premis terlibat.

Adun Panching Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang bangun berbahas, turut menyentuh tentang perumahan rakyat yang kerajaan gagal mengawal harga. Perumahan di bandar-bandar masa kini adalah tidak mampu milik kerana mengikut trend harga semasa tetapi tidak mengikut kemampuan rakyat.

Beliau meminta kerajaan melalui anak syarikatnya mengambil kira golongan berpendapatan rendah B40 seperti perumahan rumah Prima Makmur. Turut disentuh ialah masalah perparitan (monsoon drain) yang didapati terlalu lembap kemajuannya sedangkan musim tengkujuh sudah menghampiri.

Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman pula membangkitkan permasalahan guru-guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Kerajaan meletakkan 30.77 juta.  Ada juga guru Aspa. Jadi oleh kerana mereka mendidik modal insan melalui  pendidikan agama, kemudahan asrama juga minta dikaji kebajikan-kebajikan bagi mereka seperti caruman KWSP dan socso.

Beliau turut menyentuh tentang cukai. Tidak dinafi kerajaan ini kerajaan berkebajikan tapi dalam masa yang  sama janganlah cukai ini membebankan rakyat.


No comments:

Post a Comment