Tuesday, November 5, 2019

PRK Tanjung Piai: MCA bertanding PAS yang kena serang

Oleh DR MOHD ROSDI ISMAIL 

1. Dari sudut hukum, sesudah terbtnuk Piagam Muafakat Nasional, adopsi Piagam Madinah, orang perlu yakin bahawa pendirian PAS menyokong calon MCA dalam PRK Tanjung Piai tidak bercanggah dengan ayat Alu Imran/28 tersebut, kerana sesudah pemetrian Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO, yang tidak dibangkang oleh MCA dan MIC sebagai komponen BN, PAS sudah berada dalam kedudukan 3D. Sudah ada muafakat resmi berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan UMNO, MCA dan MIC.



2. Maka, secara langsung, PAS sudah ada hubungan rasmi dengan UMNO yang telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PAS dalam Muafakat Nasional. Secara tidak langsung pula, PAS sebenarnya sudah menjadi rakan baru 3D kepada MCA dan MIC yang sama-sama bersetuju menentang PH yang jelas didominasi oleh DAP.

3. Dalam kedudukan ini, dalam PRK Tanjung Piai, PAS hanya menyokong UMNO sebagai “abang besar” dalam BN untuk memastikan calon PH boleh dikalahkan. Dari sudut matlamat asas, kesemuanya bermaksud mengalahkan PH. Oleh itu, sokongan PAS adalah untuk mengalahkan PH yang jelas didominasi oleh DAP, walaupun pada pilihan raya kali ini BERSATU yang bertanding dengan mengenegahkan calon Melayu Islam yang akan menentang Cina Kafir MCA. Apa yang jelas, PAS mesti patuh kepada tuntutan Piagam Muafakat Nasional yang telah dipersetujui.

4. Kita sedia maklum, Muafakat Nasional adalah adopsi daripada Piagam Madinah. Piagam Madinah adalah satu muafakat yang telah mengajak semua umat Islam dan kafir Madinah (termasuk Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqaa’)  untuk sama-sama menjaga Kota Madinah dari diserang oleh musyrikin Makkah. Orang PAS perlu faham bahawa mereka sekarang bergerak atas asas ini. Mereka ada kelonggaran untuk menyokong calon MCA di Tanjung Piai berasaskan kepada peruntukan piagam Muafakat Nasional.

5. Dalam konteks ini, Muafakat Nasional boleh diibaratkan seperti Kota Madinah yang perlu dijaga oleh sesiapapun demi kelangsungannya untuk PRU 15 nanti. Anggaplah peranan calon MCA Wee Jeck Seng, sebagai Abdullah bin Uraiqit yang akan memandu jalan untuk memastikan Muafakat Nasional kekal menuju Putra Jaya pada PRU 15 nanti. Jika tidak, UMNO dan PAS akan menjadi mangas perangkap politik PH sekrianya BN terbubar dengan penarikan diri MCA. ROS sedang menghidu bau “harum” kematian tersebut.

6. Kita tidak pelik jika DAP sanggup melepaskan kerusi Tanjung Piai kepada BERSATU untuk memenuhi kehendak muslihat politik tersebut, kerana kita tahu DAP jugalah yang mencadangkan penubuhan BERSATU demi menjatuhkan BN. Begitulah juga tujuan PAN ditubuhkan untuk mengurangkan pengaruh PAS dalam politik negara.

7. PRK Tanjung PIAI adalah jerangkap samar yang boleh menghancurkan BN (sebagai pintu penyertaan bukan Islam dari kalangan Cina dan India dalam Muafakat Nasional) jika UMNO berkeras untuk meletakan calon Melayu Islam, andai MCA menarik diri dari BN, ia akan membatalkan pendaftaran BN. Inilah yang dinantikan oleh PH.

8. Apapun, PRK ini tidak ada erti besar selain sebagai refrendum kepada PH bahawa rakyat perlu tolak PH yang ternyata tidak mampu mentadbir negara dengan baik sebagaimana yang dijanjikan. Kalau BN menang bukit tetap tak goyang dan kalau UMNO letak calon dan kalah, BN jadi abu .. Muafakat Nasional terganggu.

9. Memang dalam keadaan negara yang ada sekarang, PAS menyokong kepimpinan Tun M dikekalkan, demi mengelak berlaku ketidakstabilan urus tadbir negara yang masih memerlukan perhatian serius. Namun, itu tidak mengikat PAS untuk menyokong rakan Muafakat Nasional mereka bila ada pertembungan. Ini adalah perkara biasa dalam percaturan politik. PAS sudah tentu akan memihak kepada pihak yang lebih hampir dengan tujuan dan maslahat politiknya.

10. Ada juga yang masih tak faham bertanya;  “Kenapa sekarang PAS boleh pula sokong UMNO yang ditentang selama ini, sedangkan UMNO dah buat macam-macam dosa?” Jawabnya mudah:-
i- Usamah bin Zaid telah dibantah oleh Rasulullah saw apabila tetap membunuh sorang tentera musysrik yang melafazkan syahadah ketika hampir dibunuh kerana beranggapan itu adalah ucapan berhelah. Kalau marah sangat dan benci sangat kepada UMNO, anggaplah ia sebagai lelaki yang telah dibunuh oleh Usamah tersebut.
ii- Amru bin al-`As berkata; “Apabila Allah telah campak dalam hatiku Islam, aku telah datang kepada Rasulullah saw. Lantas baginda mendepa kedua-dua tangannya kepada ku. Lalu aku berkata; “Aku tidak akan berbaiah dengan mu wahai Rasulullah saw hinggalah kamu ampun apa yang terdahulu daripada dosaku? Lantas baginda berkata kepada ku: “Wahai Amru! Apakah engkau tidak tahu bahawa hijrah itu menutup dosa-dosa terdahulu? Wahai Amru! Apakah engkau tidak tahu bahawa Islam itu menutup dosa-dosa sebelumnya?”.
iii- Soalan saya; “Sudah tertutupkah pintu taubat Allah untuk UMNO kembali kepada kebenaran? Adakah UMNO itu kafir seperti DAP?

11. Apapun, itulah keputusan yang terpaksa PAS dan UMNO terima demi masa depan Muafakat Nasional yang lebih jauh. Semoga kita boleh memahaminya.


Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan

No comments:

Post a Comment