Monday, December 31, 2018

Peningkatan kes denggi Mukim Beserah membimbangkan

YB Andan  di program gotong royong  29hb Dis di Pelindung Maju
bersama Pejabat  Kesihatan, MPK serta penduduk
ADUN Beserah Andansura Rabu menjelaskan  berlaku peningkatan kes demam denggi di Mukim beserah sejak akhir-akhir ini dengan mencatatkan 44  kes demam denggi sepanjang tahun 2018.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, dalam tempoh Oktober sehingga Disember 2018 sahaja terdapat sebanyak 29 kes dilaporkan iaitu di Kampung Rumbia, Kampung Pantai dan Taman Pelindung Maju (wabak aktif).

Wednesday, December 26, 2018

BAHAGIAN 4: Tragedi 13 Mei dari mulut Ahli Mageran sendiri



Pada Bahagian 3 yang lalu ( https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/11/bahagian-3-perangi-komunis-antara-sebab.html ) Tuan Haji Mohd Saludin Omar telah menceritakan pengalamannya bersama Allahyarham Tun Abdul Razak berkaitan penubuhan Felda Lurah Bilut sehingga beliau diarahkan bertukar dari Kuala Lipis ke Bentong dan PRK bagi mengetengah Tan Sri Ghazali Shafie sebagai anggota kabinet.

Sambungan kali ini lebih menarik dengan cerita beliau mengenai cetusan Tragedi 13 Mei 1969 di mana beliau dilantik oleh Tun menganggotai Jawatankuasa Pusat Mageran.

TUN LARANG BERTANDING FRONT SOSIALIS PADA PRU 1964

Ketika bekerja di Bentong, saya telah menganggotai Parti Buruh pimpinan Dr Tan Chee Koon. Pada masa itu pegawai-pegawai kerajaan belum ada kesatuan sekerja (union) untuk pembelaan, yang ada Parti Buruh inilah. Saya juga mengikut arahan Tun Razak supaya menyertai semua parti di Malaysia supaya dapat mendalami dasar parti mereka. Ini bagi memudahkan tugasan saya untuk membuat kerja-kerja risikan.

Kenapa Mujahid bermesra, berkias dengan janda itu?

Tulisan Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada bekas Naib Presiden PKR yang juga anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah, yang bertajuk ‘WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH’ yang dituju kepada umum, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Untuk rekod, Nurul Izzah adalah seorang janda.

Amarah Lokman Adam kepada DAP

Ucapan seorang Cina penyokong DAP dalam satu forum di London berkaitan isu pilihan raya PBT, yang ditularkan melalui video, yang dianggap kasar mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam .

Berikut ini diturunkan tulisan asal beliau yang diungkitnya sebagai cubit peha kiri peha kanan pun terasa.

Tindakan tidak bertamadun bangsa DAP yang menyerang Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kata-kata kesat jelas melambangkan keperibadian DAP

Monday, December 24, 2018

ADUN Damak ringan beban masyarakat melalui program "Moh Kembali Ke Sekolah"

Oleh MUHAMMAD ARIF

JERANTUT: Seramai lebih 100 orang pelajar lagi dari keluarga yang tidak berkemampuan telah menerima sumbangan barangan keperluan persekolahan sempena Program Moh Kembali Ke Sekolah (MKKS) anjuran Sekreteriat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak.

Program disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud dan juga Yang DiPertua PAS Kawasan Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad.

Tanpa PAS dan hudud, PH tetap bergaduh juga

Oleh TIMMY SAY 

Sebelum berpecahnya Pakatan Rakyat (PR), Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah membayangkan kemungkinan pakatan yang dibarisi oleh DAP, PAS dan PKR akan berpecah dan membawa haluan masing-masing jika PAS berdegil mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Hakikatnya “kedegilan” PAS untuk melaksanakannya tidak pernah padam sejak Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi menteri besar Kelantan pada 1990, malah menjadi matlamat kerajaan negeri itu sehingga hari ini.

Kali ini Tun M kenakan DAP

DAP sila keluar dari kerajaan: Cabaran terbuka buat Lim KIt Siang


Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Ugutan Lim Kit Siang untuk menarik DAP keluar dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru tidak tercapai dilihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH. Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua, suara mereka didengari, hak mereka dipenuhi dan tuntutan mereka diikuti. Namun mungkin juga ia dilihat DAP sudah mula disanggah, diketepikan dan mungkin dibuang dari politik massa era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Friday, December 21, 2018

Beranikah Kit Siang bawa DAP keluar PH?

Betulkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, serius untum membawa DAP keluar daripada kerajaan PH sekarang sekiranya amaran beliau tidak dipedulikan?

Seperti yang dipetik daripada blognya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran sekarang andainya usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.

Ini menurutnya, pemimpin DAP yang ada tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA 2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Wednesday, December 19, 2018

Kematian Adib dan undang-undang

*PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ATAU ADIB PERGI SIA-SIA*

Roslan SMS

Mana mungkin kami lupakan.

Dalam kekacauan dan kekecohan ini Allahyarham yang tidak bersenjata dan datang sebagai anggota bomba diseret, dibelasah, diterajang dan dipijak-pijak tanpa langsung peri kemanusiaan. Beliau diperlakukan hingga patah-patah tulang rusuknya yang menusuk dan membocorkan paru-parunya. Sebahagian organnya yang lain turut rosak.

Tuesday, December 18, 2018

Pembunuh Adib mesti diburu!

MEWAKILI seluruh Pemuda PAS, kami yang turut merasa sedih dengan ini merakam takziah atas pemergian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kami mendoakan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham yang telah membuktikan khidmat bakti setianya kepada negara dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada yang diangkat darjat sisi-Nya.

Kami juga berharap agar seluruh ahli keluarga serta sahabat seperjuangannya redha dan tabah menerima ketetapan qada' dan qadar Yang Maha Esa ini. Sebagai penghormatan, diharap pihak kerajaan dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga ditinggalkan serta perjalanan akhir arwah disempurnakan selancarnya.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda

Monday, December 17, 2018

Kerajaan Terengganu sudah mulakan

*DENDA, PENJARA JIKA TAK SOLAT FARDHU*

RUBIAH OMAR
15 DISEMBER 2018

KUALA TERENGGANU - Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardu di negeri ini boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fardu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardu.

Generasi tuntut kerajaan lunas hasil sawit

Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) yang memperjuangkan isu Felda bertegas meminta kerajaan melunaskan bayaran tertunggak hasil sawit segera kepada peneroka di seluruh negara sejak bulan lalu.

Malah pertubuhan itu turut mendesak kerajaan menetapkan harga lantai bagi setiap tan sawit pada kadar RM350 berikutan kejatuhan harga sawit yang sangat kritikal.

Akhirnya Khalid Samad minta maaf


Akhirnya Menteri Wilayah Persekutuan  yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad memohon maaf di atas keterlanjurannya yang menyandarkan kelemahan kerajaan PH menunaikan janji dengan Nabi Muhammad SAW juga pernah tidak menunaikan janji.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sebelum itu dilaporkan berkata demikian dalam konvensyen partinya Amanah di sebuah hotel di Ipoh.

Friday, December 14, 2018

YB Luit rasmi 'kedai makan Melayu di pekan Cina'

Sofian bersama Izhar suami isteri



Adun Luit Sofian Abdul Jalil pagi ini merasmikan sebuah restauran yang baharu dibuka di pekan Sri Jaya, Maran.

Kedai makan yang terletak di bangunan baharu pinggir jalan lama Kuantan-Temerloh itu diusahakan oleh Mohd Izhar Abu Bakar bersama isterinya Norizha 
Abd Rashid dari Felda New Zealand, Maran.

Thursday, December 13, 2018

100 terima sumbangan dalam siri 1 back to school


Seratus pelajar dari ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krau menerima barangan peralatan sekolah dalam siri 1 program Bantuan Back to school di dewan Masjid Lama Bandar Jengka petang tadi.

Program dianjurkan bersama Sekretariat Dun Jengka, Lajnah Kebajikan Parlimen Kuala Krau dan Muslim Care.

Sumbangan disampaikan oleh Adun Jengka yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Wednesday, December 12, 2018

TH: Tubuh RCI dulu, jangan politik

Isu kerugian Tabung Haji (TH) dilihat satu lagi muslihat untuk menghukum kerajaan lama melalui mahkamah media, sedangkan ia belumpun lagi dibicarakan.

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dengan tegas meminta ditubuh segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi disiasat segera selanjutnya diambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamat Institusi kewangan umat Islam yang terbesar itu.

Katanya, pada masa ini, menteri hanya berbicara di mahkamah media. Lagipun kuasa sudah ada lalu janganlah masih berlagak seperti pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana kebajikan pendeposit mesti diutamakan. 

Sunday, December 9, 2018

PAS tidak selamanya pembangkang: PJ

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, parti itu dalam keadaan sangat hampir untuk mencapai kemenangan di negeri ini, asal sahaja seluruh 
ahli bersiap sedia mengikuti Pelan Tindakan
Strategik yang disusun.

"Saya faham ahli PAS tidak mahu selamanya berada sebagai pembangkang, oleh kerana itu semua lapisan dan peringkat perlulah fokus kepada pelan tindakan yang ditetapkan oleh negeri untuk menuju ke arah itu," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Munakasyah Ucapan Dasar Presiden di Kompleks Almakmur, Kerdau, Temerloh.

Friday, December 7, 2018

5,000 hadiri Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema

Peserta himpunan dari pandangan jauh 
Kira-kira 5,000 orang hadir di Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema malam tadi yang berlangsung  di Dataran Temerloh malam tadi dengan penuh aman.

Program yang dianggap bersejarah kerana mengumpulkan dua kumpulan terbesar Melayu itu dimulakan dengan solat maghrib dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas negeri Ustaz Mokhtar Senik diikuti solat hajat dan Isyak.

Thursday, December 6, 2018

1 tan dadah bernilai 35 j dirampas

Kampar, 6 Disember 2018: Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM35 juta dalam dua serbuan di sebuah kilang dan pangsapuri masing-masing di Gopeng dan Kampar kelmarin. 

Serbuan yang bermula pada pukul 7.45 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu turut berjaya menahan empat lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun. 

Isu Lynas: MESTECC disaran cermati rumusan penilaian lamp



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meneliti dengan cermat rumusan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) 2018 yang telah diterbitkan supaya keputusan yang diambil oleh kerajaan berobjektif dan adil untuk semua pihak.

Himpunan 8 Dis solidariti keutuhan negara, kontrak sosial

HIMPUNAN ANTI ICERD 8 DISEMBER ADALAH SOLIDARITI TERHADAP KEUTUHAN NEGARA DAN KONTRAK SOSIAL

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Riuh geger pemimpin politik kerajaan dan para Menteri mengulas himpunan ummah yang bakal melakar sejarah negara semenjak enam dekad kemerdekaan. Ironiknya pak Menteri separa dungu ini memberikan pelbagai cadangan supaya ummat Islam tidak menghadirkan diri ke program himpunan yang dirancang, walhal mereka politikus jalanan yang mencipta nama melalui siri -siri bantahan awam sebelum ini.

Himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadual 8 Disember ini akan tetap diteruskan, walaupun tidak disenangi dan dicemburui  oleh sesetengah pihak. Bahkan ada kelompok agamawan  yang berusaha melarang himpunan ini dengan alasan kerajaan sudah tidak lagi meratifikasi ICERD dan mengelakkan ketegangan kaum berikutan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya minggu lepas. Tentera cyber upahan regim cuba melontarkan pelbagai saraf di alam maya supaya himpunan anti ICERD menemui kegagalan.

Wednesday, December 5, 2018

Bantah ICERD: Julung kali PAS, Umno sepentas di Temerloh hari ini

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menyeru seluruh masyarakat berdekatan untuk hadir ke Himpunan Kesatuan Ummah Negeri Pahang atau 612 Temerloh bergema hari ini, bersamaan 6 Disember.

Katanya, himpunan tersebut sebagai satu semangat dan lonjakan sebelum ke himpunan yang lebih besar membantah ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, pada 8 Disember 2018.

Sementara itu untuk himpunan di Dataran Temerloh hari ini, akan bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan Solat Hajat yang akan diimamkan oleh tokoh ulamak Tuan Guru Haji Mohd Baqi.

Walau sedang sakit guru tegar mengajar di hospital

Kesakitan yang dialaminya tidak menghalang Cikgu Zakuan daripada
terus menyampaikan pelajarannya.
Oleh RAMLI AWANG ABDUL RAHMAN

Pengorbanan seorang guru ini memang luar biasa. Kita biasa membaca kisah pelajar mengambil peperiksaan di hospital, tetapi jarang-jarang terdengar guru terpaksa mengajar di Hospital.

Namun inilah kisah Pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan Yusof, 49 tahun, yang mengajar subjek Ekonomi  dan Perniagaan di Sekolah Menengah Agama Chenor.

Tuesday, December 4, 2018

Penganjur himpunan ummah 8 hb sedia khidmat guaman

Para peserta ke Himpunan Membantah Rektifikasi ICERD 8 Disember nanti tidak perlu gusar sekiranya terjadi sebarang kemungkinan kerana Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS akan menyediakan Pasukan Peguam bagi membantu penganjur  dan peserta  .

Meskipun penganjuran telah mendapat lampu hijau daripada pihak polis dan DBKL, pasukan Peguam ini akan berada di ketiga-tiga ‘ Check Points’ dan Dataran Merdeka semasa himpunan berlangsung .

Monday, December 3, 2018

Baju-T ‘uncle deyy’ pula popular

Kelibat seorang lelaki India yang ditularkan dalam sebuah video berdurasi sembilan saat dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Petaling Jaya minggu lalu, akhirnya diambil kesempatan oleh peniaga.

Terkenal dengan jolokan ‘uncle deyy’ oleh netizen, gambar aksi seorang ahli perniagaan, S Kanagarajah akhirnya diabadikan pada cetakan baju-T yang dikatakan begitu laris jualannya pada masa ini.