Thursday, July 5, 2018

Jumaat, Sabtu, Ahad yang padat dengan majlis eidul fitri

Berkejar menuju ke penghujung Syawal ini, beberapa Kawasan PAS dan Adun lagi akan mengadakan jamuan terbuka eidulfitri bagi memeriahkan perayaan untuk tahun ini.

Besok Jumaat 6 Julai, Adun Luit Mohd Sufian Abdul Jalil akan menganjurkan majlis tersebut bersama PAS Kawasan Maran di Dewan Komuniti Bnadar Maran bermula jam 2.30 sehingga 4.30 petang.

Pada Sabtu pula sebanyak lima lagi majlis jamuan seumpama diadakan.


Pada jam 11 pagi Adun Chenor Ustaz Mujiburahman akan menunggu tetamu di Dataran Chenor, di pinggir Sungai Pahang sehingga dua petang.

Kuantan dan Indera Mahkota mengadakan majlis serentak pada waktu yang sama. Bagi Kawasan Kuantan dan Dun Tanjung Lumpur akan berlangsung di perkarangan pejabat PAS Sungai Isap Jaya. Manakala bagi Indera Mahkota dan Dun Beserah akan berlangsung di perkarangan Masjid Cherating dari 12 tengahari hingga tiga petang.

Bagi Dun Damak, Adunnya Ustaz Zuridan Daun menjemput orang ramai ke majlis jamuan hari rayanya di Dewan Tun Teja, Taman LKNP, Jerantut dari jam dua sehingga 4.30 petang.

Bentong pula mengambil giliran pada sebelah malam. Jamuan diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Sertik, Bentong dari 8 malam hingga 12 tengah malam.

Pada Ahad, Adun Panching Ustaz Mohd Tarmizi Yahya bersama PAS Kawasan Paya Besar akan mengadakan majlis yang sama. Program akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Tas, Batu 8 Jalan Gambang dari 11 pagi hingga 2 petang.

Pada minggu lalu Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dan Adun Jengka Ustaz Shahril Azman AlHafiz dan PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan rumah terbuka eidulfitri masing-masing.

Kemungkinan ada lagi majlis yang tidak dicatatkan di sini.

No comments:

Post a Comment