Monday, July 2, 2018

Isteri Pesuruhjaya PAS Pahang keempat meninggal dunia


TEMERLOH: Isteri Pesuruhjaya PAS Pahang keempat Allahyarham Datuk Abu Samah Hj Ali, Jamilah Kilau, 80an, meninggal dunia di rumahnya di Kubang Gajah, di sini kira-kira jam lima pagi tadi (Isnin).

Menurut waris, arwah kemudiannya dihantar ke hospital dan diuruskan jenazahnya sebelum disemadikan di tanah perkuburan Buntut Pulau.

Jamilah yang berasal dari Kampung Lebak, merupakan isteri kedua kepada Abu Samah iaitu ibu tiri kepada bekas menteri Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah.


Difahamkan, arwah mempunyai tiga atau empat orang cahaya mata bersama Abu Samah.

Abu Samah ialah Pesuruhjaya PAS Pahang dari 1965 hingga 1969 dan beliau meninggal pada tahun tersebut.

Allahyarham yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang pertama, adalah tokoh penting dalam memperkukuh dan memperkembangkan pengaruh perjuangan PAS di Negeri Pahang peringkat awal.

Kehadirannya dalam perjuangan Islam dianggap memberikan imej penting terhadap penerimaan golongan atasan terhadap PAS. Rumahnya yang terletak di atas bukit di persimpangan jalan Teriang berhadapan jambatan Temerloh itu pernah menjadi pusat perjumpaan penting dan mesyuarat parti.  

No comments:

Post a Comment