Friday, July 20, 2018

Adun Jengka minta kilang kawal habuk tercemar


Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim telah menggesa kilang-kilang di Bandar Tun Razak itu yang memproses kayu agar melakukan langkah langkah penjagaan dan pengawalan yang terbaik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Beliau menegur pihak kilang sejurus selepas melawat dan bertemu pihak pengurusan. Gesaan tersebut berikutan pejabatnya yang telah menerima aduan dari penduduk sekitar Rantau Printis, Jengka berkaitan pencemaran habuk kayu yang datang dari kilang berdekatan dengan penempatan penduduk di situ.


Dalam lawatan bersama kru TV 9 mengadakan ke kawasan kilang terbabit bagi mengenal pasti punca pencemaran udara melalui habuk kayu yang tidak terkawal, mendapati habuk kayu yang tidak dikawal dengan baik sehingga boleh mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan penduduk.

Hasil lawatan juga didapati dalam kawasan tersebut ada lebih kurang enam syarikat yang kesemuanya memproses kayu yang menghasilkan habuk kayu.

Difahamkan kadang kadang berlaku kebocoran saluran paip habuk yang menyebabkan habuk berterbangan dan ia mengambil masa dua ke tiga hari untuk dibaikpulih.

Bahkan wujud kilang yang secara khusus memproses kayu untuk dijadikan habuk untuk dijadikan bahan bakar, iaitu syarikat DAEHWA E&R SDN BHD. Syarikat ini juga sering berlaku kebocoran paip.

Sementara itu pihak Adun juga telah memanjangkan isu tersebut kepada pihak Jabatan Alam Sekitar negeri, dengan harapan isu yang mengganggu penduduk ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

No comments:

Post a Comment