Thursday, February 7, 2013

Masuk politiklah woii, pengurus Felda

Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam tadi, dianggap biadab.

Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

“Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

“Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu,” katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

“Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada orang atas dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

“Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pegurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.

Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



2 comments:

  1. Dah biasa la, pengurus ini dia ada lagi yg atas, yg atas entah berapa X atas ( lawan pun ada juga yg atas,atas,atas inikan parti politik, selain yg atas ada pulak penyokong parti ( berkumpulan )), bukan macam peneroka nama sebutan peneroka tapi sebenarnya tindakan atas dasar Individu, macam ayam dalam bakul yg dikeluarkan seekor,seekor untuk disembelih ayam lain fikir dia tak kena sembelih.

    ReplyDelete
  2. Tu Pengurus FELDA (sebenarnya bukan FELDA tapi LKTP - Langkah Kerajaan Tipu Peneroka) CAP AYAM. Dia lupa, ada orang atas pedulibila dia tak berguna lagi?

    ReplyDelete