Monday, June 27, 2011

Mohd Sabu akan ditangkap?

Khabar daripada seorang pimpinan di Kuala Lumpur, polis akan bertindak agresif dan lebih awal dalam usaha menghalang perhimpunan menuntut pembaikan sistem demokrasi BERSIH 2.0, 9 Julai ini daripada menjadi kenyataan. Usaha tersebut termasuklah menahan tokoh tertentu.

Pada ketika ini difahamkan sudah hampir 100 orang ditahan atas pelbagai alasan berkaitan BERSIH 2.0, meskipun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), sebuah badan yang lebih arif berkaitan undang-undang negara, mengeluarkan kenyataan perhimpunan demokrasi itu mesti dibenarkan!

Maklumat terbaru, Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Mobilisasi kini sedang diintai untuk ditahan atau disoal siasat polis. Polis dikatakan sudah berulang kali pergi ke rumahnya, tetapi beliau dikatakan tidak ada di rumah. Demikian menurut satu sumber.

Mohd Sabu dijadual akan berceramah melancarkan pra-perhimpunan BERSIH bersama YB Tian Chua di Balok, malam esok.

Semalam, program satu perhimpunan di Gombak dikatakan terpaksa dibatal apabila kawasan tapak program dikepung dengan anggota FRU yang lengkap dengan trak polis.

Perhimpunan menuntut pembaikan demokrasi kali ini dijangka mendapat reaksi keras daripada pihak berkuasa, apabila pemimpin negara mulai rasa tergugat sehingga melabelkannya sebagai perhimpunan cuba menggulingkan kepimpinan negara dengan menyamakannya dengan demonstrasi di negara Timur Tengah.

1 comment:

  1. Kalau semua pemimpin parti pembangkang nak ditangkap dan dikenakan ISA,Demokrasi pala hotak dia!!!Apa la bangang sangat?Kalau dalam PU 13 semua parti pembangkang boikot dan BN menang dari Perlis sampai ke Sabah tanpa ada 1 pun parti pebmangkang,apa nak jadi dengan parlimen?
    Sebenarnya Kerajaan dah takut...Kalau kita tengok sambutan kehadiran orang kuat PR diPahang terutama difelda felda,selepas PU 13,bangunan SUK Pahang jangankan dinding,malah cermin tingkap pun akan bertukar menjadi HIJAU!
    Selamat tinggal U..Mek Nak On dulu ye....

    ReplyDelete