Thursday, January 20, 2011

Naik gaji bulan Mei, PRU Jun ini?

Seorang teman daripada kakitangan kerajaan memaklumkan kepada saya sebentar tadi, bahawa seorang kenamaan dalam jabatan kerajaan yang lain memberitahunya bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada Jun tahun ini.

Sebelum itu pada 1 Mei iaitu jatuhnya tanggal sambutan Hari Buruh tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam.

Beliau juga dijangka mengumumkan beberapa insentif kepada kakitangan swasta.

Spekulasi tentang PRU telah banyak kali diperkatakan umum walaupun tempoh luput kerajaan ini hanya pada 2013. Namun pilihan raya bagi negeri Sarawak yang berlangsung berasingan, dijangka di adakan pada tahun ini.

Spekulasi timbul kemungkinan PRU akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Ini ditambah lagi dengan tindakan Najib yang menangguhkan pemilihan jawatan dalam Umno selama 18 bulan.

Sebelum ini pelbagai polemik diutarakan di media-media baru yang mempertikaikan sama ada Najib berani mengumumkan PRU tahun ini kerana iklim ekonomi tidak memberangsangkan.

Namun ada juga yang berpendapat, Najib tidak boleh menunggu lebih lama kerana putaran ekonomi akan semakin gawat dan kritikal. Keadaan ini menyebabkan pengundi bukan Melayu terutamanya yang mementingkan faktor ekonomi tidak akan memihak kepada kerajaan.




No comments:

Post a Comment